Saham 99 Speed Mart bermula mantap di Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd disenaraikan dengan kukuh di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.85 sesaham, mewakili premium sebanyak 12 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak RM1.65.
Sebanyak 53.8 juta juta saham bertukar tangan dalam dagangan berkenaan.
Tawaran awam permulaan (IPO) pengendali rangkaian kedai serbaneka 99 Speedmart itu merangkumi penjualan sebanyak 1.028 bilion saham biasa sedia ada dan terbitan awam 400 juta saham baharu pada harga RM1.65, untuk memperoleh dana sebanyak RM660 juta.
IPO itu disokong oleh 14 pelabur utama termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan pengurus aset, yang meliputi 55 peratus daripada saiz urus niaga.
IPO 99 Speed menjana dana terbesar di Bursa Malaysia sejak Julai 2017, apabila Lotte Chemical Titan Holding Bhd meraih RM3.77 bilion menerusi penyenaraiannya di pasaran saham tempatan.
Diterajui oleh Lee Thiam Wah, pasar mini 99 Speedmart berkembang daripada kedai runcit kecil di Klang pada tahun 1987 kepada lebih 2,600 cawangan.
The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.
Related Stocks
Comments