Bursa Malaysia dibuka rendah jejaki pasaran serantau

BeritaHarian Tue, Dec 16, 2025 10:35am - 3 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, seiring kelemahan pasaran serantau dan penurunan prestasi Wall Street semalaman yang mengekalkan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur.

Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.76 mata atau 0.17 peratus kepada 1,640.96 daripada 1,643.72 ketika ditutup pada Isnin. Indeks itu dibuka rendah 0.95 mata pada 1,642.77.

-Advertisement-

Dalam pasaran secara keseluruhan, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 180 berbanding 121, manakala 273 kaunter tidak berubah. Sejumlah 2,202 kaunter tidak diniagakan dan 12 kaunter digantung.

Jumlah dagangan setakat itu sebanyak 106.46 juta saham bernilai RM62.36 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Indeks Hang Seng Hong Kong kekal lemah berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap penilaian sektor teknologi serta pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang agresif.

Beliau berkata, di Wall Street, pasaran ditutup lebih rendah semalaman susulan kerugian dalam sektor teknologi, minyak dan gas serta perkhidmatan pengguna, ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang minggu pengumuman data penting.

Menurutnya, data berkenaan berpotensi mengubah jangkaan terhadap kadar faedah serta prospek pertumbuhan bagi tahun 2026.

Bagaimanapun, beliau berkata pengukuhan ringgit dijangka memberikan sokongan kepada pasaran tempatan. Sehubungan itu, FBM KLCI dijangka bergerak dalam julat 1,630 hingga 1,640 mata hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing susut empat sen kepada RM10.32 dan RM13.06. Public Bank dan IHH Healthcare berkurangan dua sen kepada RM4.47 dan RM8.68, manakala CIMB Group naik satu sen kepada RM7.94.

Bagi saham aktif, Perak Transit turun satu sen kepada 29 sen, Bumi Armada tidak berubah pada 31 sen, manakala Orkim meningkat tiga sen kepada RM1.13. Inari Amertron susut lima sen kepada RM1.78, sementara Reneuco naik 0.5 sen kepada 2.5 sen.

Dalam senarai kaunter paling untung, Dutch Lady Milk Industries melonjak 76 sen kepada RM30.88, SHL Consolidated menambah 10 sen kepada RM2.30, United Plantation naik enam sen kepada RM28.76 dan Unisem meningkat empat sen kepada RM3.32.

Bagi kaunter paling rugi, MISC dan Petronas Gas masing-masing merosot 12 sen kepada RM7.51 dan RM17.54, Malaysian Pacific Industries turun 10 sen kepada RM31.70, manakala Vitrox Corporation berkurangan lapan sen kepada RM4.11.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 20.57 mata kepada 12,069.81, Indeks FBM Emas Shariah turun 22.74 mata kepada 11,891.75, Indeks FBMT 100 merosot 20.35 mata kepada 11,864.61 dan Indeks FBM ACE menguncup 13.58 mata kepada 4,711.71. Indeks FBM 70 pula turun 30.19 mata kepada 16,643.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 36.27 mata kepada 19,243.89, Indeks Tenaga turun 2.22 mata kepada 763.32, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.03 mata kepada 169.91, manakala Indeks Perladangan melonjak 11.44 mata kepada 8,150.89.

– BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ARMADA 0.395
BURSA 8.820
DLADY 31.800
FBMACE 4467.710
FBMEMAS 12406.250
FBMKLCI 1688.120
FBMSHA 12312.590
IHH 8.750
INARI 1.480
MISC 8.360
MPI 30.640
ORKIM 0.935
PBBANK 4.640
PETGAS 18.260
PTRANS 0.245
PTRANS-WB 0.020
RENEUCO 0.005
SHL 2.200
TENAGA 14.320
UNISEM 2.950

Comments

Login to comment.