Bursa Malaysia melonjak lebih 10 mata, kekal momentum positif sejajar pasaran utama Asia

BeritaHarian Mon, Jan 05, 2026 08:50pm - 1 month View Original


Kaunter untung mengatasi rugi pada nisbah 641 berbanding 455 - Foto hiasan
Kaunter untung mengatasi rugi pada nisbah 641 berbanding 455 - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia meningkat 0.63 peratus, mengekalkan momentum positif sejajar dengan pasaran utama Asia.

Prestasi positif itu didorong oleh kenaikan saham teknologi yang meningkatkan sentimen manakala peningkatan risiko geopolitik mengukuhkan keutamaan pelabur terhadap pendapatan yang stabil dan aliran tunai yang boleh dipercayai dalam pasaran ekuiti Malaysia.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.56 mata kepada 1,680.32 daripada penutupan Jumaat pada 1,669.76.

Indeks dibuka sedikit rendah pada 1,669.08, paras terendah intra hari, sebelum meningkat untuk mencapai paras tertinggi 1,681.94 menjelang pertengahan pagi dan seterusnya bergerak stabil sehingga penutupan.

Keluasan pasaran kekal positif sepanjang hari dengan kaunter untung mengatasi rugi pada nisbah 641 berbanding 455, manakala sebanyak 534 kaunter tidak berubah, 1,025 tidak diniagakan dan 17 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.53 bilion unit bernilai RM2.40 bilion berbanding 2.08 bilion unit bernilai RM1.80 bilion pada Jumaat lalu.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi Negara IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, indeks utama menunjukkan aliran menaik hari ini, sejajar dengan pasaran ekuiti serantau dan berjaya menghapuskan sepenuhnya kerugian Jumaat lalu.

"Aktiviti dagangan bertambah baik dengan ketara, dengan volum melepasi dua bilion saham berbanding minggu lalu, namun masih di bawah purata harian jangka panjang sekitar tiga bilion saham, menandakan pengambilan risiko yang bersifat terpilih dan bukannya menyeluruh.

"Pemulihan ini diterajui oleh saham perbankan yang menarik semula minat belian selepas aktiviti pengambilan untung minggu lalu, apabila pelabur kembali beralih kepada saham berkualiti, berkunci kira-kira kukuh dan berdividen tinggi," katanya kepada Bernama.

Mohd Sedek turut berkata peralihan keutamaan ini mencerminkan pendirian global yang lebih defensif, apabila peningkatan risiko geopolitik susulan krisis AS-Venezuela mengukuhkan permintaan terhadap pendapatan stabil dan aliran tunai yang boleh dipercayai dalam pasaran ekuiti Malaysia.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng pula berkata indeks penanda aras kekal dalam aliran menaik yang sihat, disokong oleh pembelian kukuh daripada institusi tempatan.

"Kami percaya selagi indeks kekal di atas zon sokongan 1,630 hingga 1,640, struktur kenaikan yang lebih luas masih utuh dan penembusan meyakinkan melepasi zon 1,680 hingga 1,690, disertai penyertaan pasaran yang lebih kukuh, akan mengesahkan momentum baharu serta membuka laluan ke arah paras psikologi 1,700.

"Kami menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam julat 1,660 hingga 1,690 bagi minggu ini," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 12 sen kepada RM10.56, CIMB Group melonjak 14 sen kepada RM8.24, Public Bank naik tujuh sen kepada RM4.56, manakala Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM13.74.

Dalam senarai paling aktif, Tanco tidak berubah pada RM1.18, Insights Analytics melonjak 33 sen kepada RM1.46, Zetrix AI turun setengah sen kepada 80.5 sen, manakala Pharmaniaga dan TWL masing-masing mendatar pada 28 sen dan 2.5 sen.

Antara saham paling untung, Nestle meningkat RM1.20 kepada RM115.70, F&N naik 58 sen kepada RM35.78, Hong Leong Financial Group bertambah 50 sen kepada RM19.48, Hong Leong Bank meningkat 44 sen kepada RM22.72 dan Malaysian Pacific Industries naik 30 sen kepada RM31.50.

Bagi saham paling rugi, LPI Capital susut 40 sen kepada RM14.58, Hong Leong Industries turun 36 sen kepada RM16.24, Chin Tek Plantations merosot 18 sen kepada RM10.22, United Plantations turun 10 sen kepada RM30.00 dan Asia File susut sembilan sen kepada RM1.34.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 93.76 mata kepada 12,350.20, Indeks FBM Top 100 naik 92.57 mata kepada 12,151.23 dan Indeks FBM Emas Shariah bertambah 64.38 mata kepada 12,130.88.

Indeks FBM Mid 70 melonjak 202.58 mata kepada 17,055.05 dan Indeks FBM ACE meningkat 5.48 mata kepada 4,928.75.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 239.03 mata kepada 19,829.03, Indeks Tenaga naik 2.24 mata kepada 767.01, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.72 mata kepada 173.88 dan Indeks Perladangan naik 32.72 mata kepada 8,303.81.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.39 bilion unit bernilai RM2.09 bilion daripada 977.85 juta unit bernilai RM1.59 bilion pada Jumaat lalu.

Dagangan waran merosot kepada 720.28 juta unit bernilai RM89.92 juta daripada 812.97 juta unit bernilai RM82.36 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 417.2 juta unit bernilai RM220.77 juta daripada 290.63 juta unit bernilai RM127.81 juta sebelum ini.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 202.99 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (212.75 juta), pembinaan (118.6 juta), teknologi (201.9 juta), perkhidmatan kewangan (85.65 juta), hartanah (211.53 juta), perladangan (27.85 juta), amanah pelaburan hartanah (29.96 juta), dana tertutup (8,600), tenaga (118.62 juta), penjagaan kesihatan (88.96 juta), telekomunikasi dan media (28.07 juta), pengangkutan dan logistik (43.88 juta), utiliti (19.35 juta) dan amanah perniagaan (4,400).

-- BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 9.000
FBM70 17379.820
FBMACE 4664.890
FBMEMAS 12699.640
FBMKLCI 1738.930
FBMSHA 12184.080
FBMT100 12529.290
HLBANK 24.900
HLFG 22.720
HLIND 17.180
IAB 1.620
LPI 15.180
MPI 31.140
NESTLE 112.400
PBBANK 4.950
PHARMA 0.300
TENAGA 14.060
UTDPLT 29.580
ZETRIX 0.740

Comments

Login to comment.