Bursa Malaysia dibuka rendah, dagangan kurang memberangsangkan

BeritaHarian Wed, Jan 07, 2026 10:34am - 1 month View Original


Indeks FBM KLCI mengalami pembetulan sederhana dan ditutup rendah semalam berikutan peningkatan kukuh sejak sebulan lalu - Foto AFP
Indeks FBM KLCI mengalami pembetulan sederhana dan ditutup rendah semalam berikutan peningkatan kukuh sejak sebulan lalu - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam keadaan dagangan yang kurang memberangsangkan, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut di bawah paras 1,670.

Pada 9.07 pagi, FBM KLCI susut 3.06 mata atau 0.18 peratus kepada 1,669.29, berkurangan daripada 1,672.35 semasa ditutup pada Selasa. Indeks petunjuk pasaran itu memulakan dagangan dengan penurunan 0.88 mata kepada 1,671.47.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 172 berbanding 144 manakala 274 kaunter tidak berubah, 2,059 kekal tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, menjangka indeks berkenaan bergerak dalam julat 1,670 hingga 1,680 hari ini, selepas FBM KLCI mengalami pembetulan sederhana dan ditutup rendah semalam berikutan peningkatan kukuh sejak sebulan lalu.

"Kami melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang baik dan menjangka pasaran saham tempatan akan meneruskan semula aliran meningkat dalam masa terdekat," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM10.72, SD Guthrie naik tiga sen kepada RM5.65, Sunway menambah satu sen kepada RM5.63 manakala Public Bank dan Hong Leong Bank tidak berubah masing-masing pada RM4.52 dan RM22.74.

CIMB, TNB dan IHH Healthcare pula masing-masing susut empat sen kepada RM7.95, RM13.54 dan RM8.61.

Bagi saham paling aktif, Pharmaniaga dan Alam Maritim masing-masing meningkat setengah sen kepada 28 sen dan 13 sen. Dufu Technology melonjak 11 sen kepada RM1.86, JCY International naik dua sen kepada 37.5 sen, Notion Vtec meningkat 5.5 sen kepada 62 sen manakala Capital A susut satu sen kepada 43.5 sen.

Antara saham paling untung, Far East Holdings melonjak 20 sen kepada RM4.40, IGB naik 15 sen kepada RM3.20, Hong Leong Industries meningkat 14 sen kepada RM16.42, Sarawak Oil dan Vitrox masing-masing meningkat enam sen kepada RM3.84 dan RM4.24.

Saham paling rugi antaranya Nestle yang susut RM1.30 kepada RM119, United Plantations meningkat 16 sen kepada RM30.32, PPB rendah 10 sen kepada RM10.56, dan Kuala Lumpur Kepong rendah lapan sen kepada RM19.70.

Dalam pasaran meluas, Indeks FBM Emas susut 16.19 mata kepada 12,311.63, Indeks FBM Top 100 merosot 18.42 mata kepada 12,101.21 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 14.26 mata kepada 12,115.33.

Indeks FBM Mid 70 susut 9.16 mata kepada 17,119.02 manakala Indeks FBM ACE meningkat 6.82 mata kepada 4,957.72.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 22.62 mata kepada 19,748.0, Indeks Tenaga meningkat 1.13 mata kepada 768.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.09 mata kepada 172.64 manakala Indeks Perladangan mengukuh 13.89 mata kepada 8,305.0.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.990
CAPITALA 0.590
CAPITALA-LA 2.080
CAPITALA-WA 0.380
FAREAST 3.950
FBM70 17389.990
FBMACE 4668.930
FBMEMAS 12702.980
FBMKLCI 1740.030
FBMSHA 12183.630
FBMT100 12537.070
HLBANK 24.820
HLIND 17.580
IGBB 3.640
IHH 8.820
JCY 0.365
KLK 19.580
NESTLE 111.900
NOTION 0.490
NOTION-WD 0.325
PBBANK 4.970
PHARMA 0.300
SDG 5.790
SUNWAY 5.800
UTDPLT 29.620

Comments

Login to comment.