Bursa Malaysia meneruskan kenaikan, berlegar di paras tertinggi sejak 2018

BeritaHarian Tue, Jan 27, 2026 11:24am - 1 month View Original


Gambar fail. -  NSTP / AZIAH AZMEE
Gambar fail. - NSTP / AZIAH AZMEE

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada Selasa apabila dibuka 0.63 peratus lebih tinggi untuk mencatatkan paras tertinggi baharu sejak Jun 2018, disokong kemasukan berterusan dana asing susulan aliran keluar besar-besaran tahun lalu.

Pada jam 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.11 mata kepada 1,755.18 daripada 1,744.07 ketika ditutup pada Isnin, selepas memulakan dagangan 5.18 mata lebih tinggi pada 1,749.25.

-Advertisement-
Skip
Ads by

Indeks penanda aras itu juga dibuka melepasi paras tertinggi sebelumnya, iaitu 1,755.14 yang dicatatkan pada 5 Jun 2018.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 244 berbanding 149, manakala 346 kaunter tidak berubah, 1,999 tidak diniagakan dan 66 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencatatkan 212.73 juta saham bernilai RM169.47 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Len, berkata Wall Street mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi, manakala hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun turun sedikit kepada 4.213 peratus.

Di peringkat tempatan, beliau berkata FBM KLCI melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, disokong oleh pengumpulan dana asing.

"Kami percaya dana asing akan terus mengalir ke Malaysia susulan aliran keluar yang banyak tahun lepas. Bagaimanapun, kami menjangkakan berlaku pembetulan dalam jangka masa terdekat, justeru indeks diunjurkan berada dalam julat 1,740 hingga 1,750 hari ini.

"Sementara itu, kami melihat lonjakan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah, disokong peningkatan permintaan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan yang akan datang. Selain itu, ringgit akhirnya telah melepasi paras 4.0, tertinggi sejak 2018," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 14 sen kepada RM11.64, Tenaga Nasional menambah 12 sen kepada RM14.10, CIMB meningkat 11 sen kepada RM8.73, Press Metal naik sembilan sen kepada RM7.65, manakala Petronas Chemicals melonjak enam sen kepada RM3.40.

Bagi saham aktif, Greentronics dan SP Setia masing-masing menambah 1.5 sen kepada 25 sen dan 97 sen, AirAsia X meningkat sembilan sen kepada RM2.28, manakala Capital A tidak berubah pada 59 sen. MMAG merosot setengah sen kepada 4.5 sen, sementara penampilan pertama One Gasmaster dalam Pasaran ACE susut 2.5 sen kepada 22.5 sen.

Saham paling untung menyaksikan Nestle meningkat 30 sen kepada RM116.30, Malaysian Pacific melonjak 20 sen kepada RM32.78, Hong Leong Bank menokok 18 sen kepada RM24.68, Malayan Cement menambah 15 sen kepada RM7.90, dan Hong Leong Financial meningkat 12 sen kepada RM21.42.

Antara saham paling rugi, United Plantations turun 16 sen kepada RM30.70, Petronas Gas dan QL Resources masing-masing merosot 12 sen kepada RM18.46 dan RM4.13, Spritzer susut lapan sen kepada RM3.00, manakala Ajinomoto berkurangan enam sen kepada RM13.70.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 66.92 mata kepada 12,866.07, Indeks FBM Top 100 naik 69.06 mata kepada 12,669.23 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 29.83 mata kepada 12,430.22.

Indeks FBM 70 menokok 46.22 mata kepada 17,667.05, namun Indeks FBM ACE merosot 5.67 mata kepada 4,843.04.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 216.42 mata kepada 21,413.65, Indeks Tenaga menambah 3.33 mata kepada 768.19, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.12 mata kepada 178.40, manakala Indeks Perladangan turun 3.19 mata kepada 8,441.94.

– BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AAX 1.280
AAX-WB 0.515
AJI 13.100
BURSA 8.830
CAPITALA 0.430
CAPITALA-LA 1.590
CAPITALA-WA 0.235
FBMACE 4400.030
FBMEMAS 12527.360
FBMKLCI 1718.060
FBMSHA 12206.800
FBMT100 12367.410
HLBANK 22.820
HLFG 20.860
MCEMENT 7.940
NESTLE 105.800
PCHEM 4.290
PETGAS 18.140
QL 3.950
SPRITZER 2.700
SPSETIA 0.935
TENAGA 14.200
UTDPLT 30.280

Comments

Login to comment.