Bursa Malaysia dibuka rendah susulan pengambilan untung

BeritaHarian Thu, Feb 05, 2026 10:53am - 1 month View Original


Gambar fail. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Gambar fail. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi Khamis, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung sederhana di samping isyarat bercampur-campur daripada prestasi Wall Street semalaman.

Pada jam 9.13 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.64 mata kepada 1,741.18 selepas dibuka 3.0 mata lebih tinggi pada 1,745.82 berbanding 1,742.82 ketika ditutup pada Rabu.

Dalam pasaran secara keseluruhan, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 227 berbanding 116, manakala 318 kaunter tidak berubah. Sebanyak 1,993 kaunter tidak diniagakan dan 15 kaunter digantung. Jumlah dagangan mencecah 188.69 juta saham bernilai RM107.06 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup bercampur-campur, disokong aktiviti belian dalam saham pengguna, tenaga, penjagaan kesihatan dan hiburan, manakala saham teknologi merosot berikutan kebimbangan berkaitan kecerdasan buatan (AI).

"Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 0.53 peratus kepada 49,501.30, manakala S&P 500 susut 0.51 peratus kepada 6,882.72. Aktiviti jualan dalam saham teknologi menyaksikan Nasdaq merosot 1.51 peratus kepada 22,904.58," katanya kepada Bernama.

Beliau turut memaklumkan ekuiti Hong Kong pulih daripada penurunan awal dalam saham teknologi, disokong kekuatan saham solar China serta kebimbangan terhadap cukai nilai tambah yang semakin reda. "Indeks Hang Seng meningkat 0.05 peratus untuk ditutup pada 15,857.32," katanya.

Di peringkat domestik, Thong menyifatkan penurunan kecil FBM KLCI pada Rabu sebagai pembetulan positif susulan aktiviti pengambilan untung, sekali gus memberi ruang kepada pasaran untuk menyerap kenaikan yang dicatatkan sebelum ini.

"Kami menjangkakan aliran menaik pasaran dijangka berterusan dalam jangka panjang, disokong penilaian yang menarik serta aliran masuk dana asing yang berterusan. Kami mengunjurkan indeks penanda aras akan diniagakan dalam julat 1,735 hingga 1,755 hari ini," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing meningkat 2.0 sen kepada RM11.96 dan RM14.12, manakala CIMB naik 1.0 sen kepada RM8.51. IHH Healthcare susut 6.0 sen kepada RM8.90, manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.91.

Bagi saham paling aktif, MMAG meningkat 0.5 sen kepada 5.5 sen, Pharmaniaga dan Capital A masing-masing susut 0.5 sen kepada 32 sen dan 59 sen, Gamuda merosot 7.0 sen kepada RM4.08, manakala Zetrix AI tidak berubah pada 80 sen.

Antara saham mencatatkan kenaikan tertinggi ialah Nestle yang meningkat 20 sen kepada RM112.10, Petronas Dagangan naik 8.0 sen kepada RM20.04, IOI Properties dan Keck Seng (M) masing-masing meningkat 6.0 sen kepada RM3.23 dan RM5.59, serta KYM naik 4.5 sen kepada 30 sen.

Saham yang mencatatkan penurunan terbesar termasuk Fraser & Neave yang susut RM1.50 kepada RM33.86, Malaysian Pacific Industries turun 12 sen kepada RM32.38, UWC merosot 9.0 sen kepada RM4.20, manakala YTL Power International dan Malayan Cement masing-masing susut 8.0 sen kepada RM3.12 dan RM8.20.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 susut 17.29 mata kepada 12,555.32, Indeks FBM Emas merosot 19.26 mata kepada 12,734.45, Indeks FBM Mid 70 turun 48.47 mata kepada 17,460.41, Indeks FBM Emas Syariah susut 29.06 mata kepada 12,256.94, manakala Indeks FBM ACE merosot 12.04 mata kepada 4,684.11.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 9.47 mata kepada 21,491.78, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.25 mata kepada 176.33, Indeks Perladangan turun 2.99 mata kepada 8,381.96 dan Indeks Tenaga merosot 4.05 mata kepada 751.86.

– BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.830
CAPITALA 0.430
CAPITALA-LA 1.590
CAPITALA-WA 0.235
FBM70 17103.330
FBMACE 4400.030
FBMEMAS 12527.360
FBMKLCI 1718.060
FBMT100 12367.410
GAMUDA 4.150
IHH 8.900
IOIPG 3.290
KSENG 5.300
MCEMENT 7.940
MPI 30.100
NESTLE 105.800
PBBANK 4.870
PETDAG 22.180
PHARMA 0.260
TENAGA 14.200
UWC 4.060
YTLPOWR 2.730
ZETRIX 0.800

Comments

Login to comment.