Citaglobal menang kontrak bina Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Sandakan

BeritaHarian Tue, Mar 31, 2026 08:38pm - 1 month View Original


Citaglobal Bhd
Citaglobal Bhd

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Citaglobal Bhd dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, Citaglobal Land Sdn Bhd, menerima surat setuju terima (SST) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi projek reka bentuk dan bina Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) bernilai RM156 juta di Sandakan, Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata projek berkenaan yang mempunyai tempoh pelaksanaan selama 40 bulan dianugerahkan melalui proses tender yang dikendalikan oleh JKR.

"Projek ini melibatkan pembinaan rumah kekal bagi keluarga anggota tentera serta kemudahan sokongan untuk pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia di MAWILLA 2, pangkalan tentera utama yang bertanggungjawab bagi operasi maritim di perairan timur Sabah.

"Pembinaan ini merupakan sebahagian daripada pelaburan jangka panjang kerajaan Persekutuan ke dalam aset nasional yang mampan, menyediakan penginapan berkualiti dan stabil untuk anggota tentera yang sedang berkhidmat beserta keluarga mereka," katanya.

Syarikat itu berkata, projek berkenaan melengkapkan portfolio projek infrastruktur kerajaan Citaglobal, termasuk projek bekalan air mentah dan mitigasi banjir bernilai RM628 juta di Selangor serta naik taraf Lebuhraya Persekutuan 3 bernilai RM168.88 juta.

Menerusi projek berkenaan, kumpulan terus menunjukkan keupayaan bersaing dan kemampuan menyiapkan projek merentasi sektor, jenis kontrak serta lokasi geografi, kata Citaglobal.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

CITAGLB 0.820
CITAGLB-PA 0.645
CITAGLB-WB 0.425
CITAGLB-WC 0.045

Comments

Login to comment.