WASHINGTON: Pengasas CNN, Ted Turner, meninggal dunia pada usia 87 tahun, lapor rangkaian penyiar itu hari ini dengan memetik kenyataan daripada Turner Enterprises, menurut Sputnik/RIA Novosti.
Laporan itu tidak memberikan butiran mengenai punca kematian.
Turner merupakan seorang usahawan, penerbit televisyen dan dermawan dari Amerika Syarikat (AS).
Pada tahun 1980, beliau menubuhkan CNN, saluran berita kabel 24 jam pertama di dunia.
-BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
