Perdana Petroleum meterai kontrak bina kapal AHTS baharu bersama syarikat China

BeritaHarian Wed, Jun 03, 2026 11:16pm - 1 week View Original


Jamalludin (dua dari kanan) bertukar dokumen bersama Pengurus Besar Aulong, Shen Hui - Gambar ihsan PPB
Jamalludin (dua dari kanan) bertukar dokumen bersama Pengurus Besar Aulong, Shen Hui - Gambar ihsan PPB

KUALA LUMPUR: Perdana Petroleum Bhd (PPB) baru-baru ini memeterai dua kontrak pembinaan kapal dengan Aulong Shipbuilding Co Ltd (Aulong) dari China, bagi membina dua kapal bekalan, tunda dan pengendalian sauh (ATHS) baharu dengan kontrak agregat berharga US$33.94 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kontrak dimeterai pada 30 Mei 2026 dan melibatkan pembinaan dua kapal baharu, setiap satu dengan kapasiti tarikan tonggak dalam anggaran 60 tan.

"Cadangan pembinaan itu merupakan sebahagian daripada program peremajaan armada kumpulan PPB, selaras dengan profil semasa armada AHTS, yang mempunyai purata usia 17 tahun," katanya.

PPB ialah penyedia perkhidmatan sokongan marin luar pesisir yang terkemuka, menawarkan pelbagai jenis kapal untuk menyokong aktiviti penerokaan, pembangunan dan pengeluaran minyak serta gas.

Sementara itu, Aulong yang terutamanya terlibat dalam pembinaan kapal marin luar pesisir mewah dan kapal berprestasi tinggi, ialah syarikat usaha sama yang diperbadankan di China dan sebuah limbungan kapal yang ditubuhkan pada Jun 2016.

Katanya, cadangan pembinaan itu akan dibiayai menerusi gabungan dana dalaman dan pinjaman bank.

"Kapal itu dijangka akan diserahkan secara berperingkat pada suku ketiga dan keempat 2028, serta bertujuan terutamanya untuk kegunaan dalam pasaran minyak dan gas domestik serta serantau," tambahnya.

Pengarah Urusan PPB, Jamalludin Obeng, berkata pembinaan dua kapal AHTS seberat 60 tan itu menandakan peristiwa penting dalam program pembaharuan armada syarikat itu, terutamanya kerana kali terakhir kapal baharu dibina bagi kumpulan itu adalah pada 2012.

"Berikutan keadaan pasaran yang lebih baik, kami percaya ini merupakan masa yang tepat untuk memodenkan dan memberi nafas baharu kepada armada kami secara progresif, memastikan kumpulan berada dalam kedudukan yang baik untuk menyokong keperluan operasi masa depan, meningkatkan daya saing dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang," katanya.

Selain tu, beliau berkata pasaran kapal sokongan luar pesisir terus menunjukkan momentum permulihan yang menggalakkan, disokong oleh aktiviti huluan yang mampan, asas industri yang lebih baik, tahap penggunaan yang stabil dan kadar sewa yang lebih kukuh merentasi kategori kapal terpilih.

Katanya, PPB kekal fokus untuk mengukuhkan profil armadanya, mengekalkan disiplin operasi dan mengejar peluang pertumbuhan yang mampan ketika industri sokongan marin luar pesisir meneruskan pemulihan secara beransur-ansur.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.610
PERDANA 0.195
PERDANA-PA 0.170

Comments

Login to comment.