Pengerusi Borneo Oil, Tan Kok Chor, meninggal dunia

BeritaHarian Wed, Aug 05, 2026 10:45pm - 4 days View Original


Mendiang Tan Kok Chor

KUALA LUMPUR: Pengerusi Borneo Oil Bhd, Tan Kok Chor, meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu memaklumkan mendiang meninggal dunia pada 4 Ogos.

Tiada butiran lanjut didedahkan.

Menurut Laporan Tahunan Borneo Oil 2025, Kok Chor menyertai lembaga pengarah syarikat pada 21 Ogos 2001.

Mendiang telah dilantik semula daripada Pengarah Bukan Eksekutif Bebas kepada Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas pada Oktober 2023.

Syarikat itu berkata, mendiang telah memberikan panduan strategik dan menjalankan fungsi penyeliaan sepanjang 14 tahun lalu, selain memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju serta operasi syarikat.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BORNOIL 0.005
BORNOIL-WE 0.005
BURSA 8.630

Comments

Login to comment.