Bursa Malaysia dibuka rendah jejaki penurunan Wall Street

BeritaHarian Fri, Aug 07, 2026 12:02pm - 1 month View Original


Gambar fail. Bursa Malaysia, Kuala Lumpur. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini apabila aktiviti belian dan jualan berlaku seimbang dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih, susulan kerugian semalaman di Wall Street akibat kenaikan harga minyak mentah.

Pada jam 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.47 mata kepada 1,736.68 berbanding 1,737.15 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.93 mata lebih rendah pada 1,735.22.

Prestasi pasaran secara menyeluruh turut negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 210 berbanding 185.

Sebanyak 350 kaunter tidak berubah, 2,028 tidak diniagakan dan 21 lagi digantung dagangan.

Jumlah dagangan mencecah 318.39 juta saham bernilai RM202.37 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street terjejas selepas harga minyak mentah melonjak kepada sekitar AS$82 setong susulan Iran mengemukakan deraf pelan lebih ketat berkaitan Selat Hormuz.

Pada masa sama, pelabur turut menunggu pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) bagi Julai yang dijadualkan lewat hari ini, khususnya laporan senarai gaji bukan perladangan.

"Di pasaran tempatan, indeks penunjuk utama FBM KLCI susut susulan jualan oleh dana asing di penghujung sesi dagangan.

"Aktiviti jualan itu bersifat meluas ketika peniaga berkemungkinan memutuskan untuk mendapatkan keuntungan selepas bursa mencatat kenaikan kukuh baru-baru ini," katanya.

Sehubungan itu, Thong menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam julat 1,730 hingga 1,745 mata hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM10.76, manakala Public Bank dan CIMB Group masing-masing turun lima sen kepada RM5.18 dan RM7.92.

IHH Healthcare merosot tiga sen kepada RM8.30, manakala Tenaga Nasional meningkat 12 sen kepada RM14.60.

Bagi saham aktif, Perak Transit naik dua sen kepada 19.5 sen dan Steel Hawk menokok setengah sen kepada 14.5 sen.

Malaysian Resources Corp kekal tidak berubah pada 34 sen, manakala TWL Holdings susut setengah sen kepada dua sen.

Kaunter paling aktif didahului Tong Herr Resources yang melonjak 50 sen kepada RM2.40, diikuti YTL Power International naik 16 sen kepada RM4.53.

Tenaga Nasional meningkat 12 sen kepada RM14.60, Sunway menokok sembilan sen kepada RM5.22 dan Press Metal Aluminium bertambah tujuh sen kepada RM8.06.

Sebaliknya, Malaysian Pacific Industries susut 58 sen kepada RM47.08, United Plantations turun 48 sen kepada RM33.72 dan Pentamaster Corp merosot 28 sen kepada RM5.43.

Kuala Lumpur Kepong berkurangan 22 sen kepada RM21.38, manakala Petronas Dagangan susut 12 sen kepada RM19.44.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 6.39 mata kepada 12,849.63, Indeks FBM Top 100 merosot 7.19 mata kepada 12,678.09 dan Indeks FBM ACE turun 1.70 mata kepada 5,036.05.

Indeks FBM Mid 70 menguncup 26.29 mata kepada 18,299.77, manakala Indeks FBM Emas Syariah meningkat 9.22 mata kepada 12,700.76.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 80.15 mata kepada 20,439.70 dan Indeks Perladangan berkurangan 19.81 mata kepada 9,444.74.

Indeks Tenaga meningkat 1.39 mata kepada 763.80, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.77 mata kepada 188.55.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.590
FBM70 17826.910
FBMACE 5272.230
FBMEMAS 12671.030
FBMKLCI 1714.400
FBMT100 12473.690
HAWK 0.100
HAWK-WA 0.035
IHH 7.840
KLK 22.680
MPI 39.820
MRCB 0.305
PBBANK 5.000
PENTA 5.040
PETDAG 19.920
PTRANS 0.210
PTRANS-WB 0.005
SUNWAY 4.900
TENAGA 13.900
TONGHER 2.410
TWL 0.025
UTDPLT 33.300
YTLPOWR 5.780

Comments

Login to comment.