Bursa Malaysia akhiri urus niaga minggu lebih perlahan

BeritaHarian Fri, Aug 07, 2026 07:47pm - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga minggu ini dengan prestasi lemah susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan pasaran baru-baru ini, seiring sentimen berhati-hati di pasaran serantau.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.40 mata atau 0.08 peratus kepada 1,735.75 daripada 1,737.15 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.93 mata lebih rendah pada 1,735.22 sebelum bergerak tidak menentu antara paras 1,729.34 hingga 1,739.14 sepanjang sesi.

Prestasi pasaran secara menyeluruh turut negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 581 berbanding 533.

Sebanyak 607 kaunter tidak berubah, 1,052 tidak diniagakan dan 21 lagi digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.55 bilion unit bernilai RM3.47 bilion daripada 3.24 bilion unit bernilai RM2.90 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata kebanyakan indeks utama Asia ditutup bercampur-campur ketika ketegangan geopolitik kembali memuncak.

Beliau berkata, perkembangan itu berlaku susulan serangan kumpulan Houthi Yemen ke atas Arab Saudi serta amaran pihak berkuasa Arab Saudi mengenai kemungkinan serangan terancang oleh kumpulan Houthi dan kumpulan bersenjata Iraq yang disokong Iran.

"Ketidaktentuan yang semakin meningkat melonjakkan harga minyak mentah Brent melepasi AS$83 setong," katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, berkata pelabur mengekalkan pendirian defensif.

Bagaimanapun, belian terpilih dalam saham pembinaan dan utiliti membantu mengehadkan penurunan pasaran daripada menjadi lebih ketara.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 12 sen kepada RM10.68, manakala Public Bank berkurangan empat sen kepada RM5.19.

CIMB Group dan IHH Healthcare masing-masing merosot tiga sen kepada RM7.94 dan RM8.30, manakala Tenaga Nasional turun lapan sen kepada RM14.40.

Antara saham aktif, Perak Transit naik empat sen kepada 21.5 sen, Genetec Technology meningkat dua sen kepada 39 sen dan HHRG menokok 1.5 sen kepada 12 sen.

Malaysian Resources Corp meningkat setengah sen kepada 34.5 sen, manakala Zetrix AI susut satu sen kepada 70 sen.

Kuala Lumpur Kepong mendahului senarai kaunter untung apabila melonjak RM1.30 kepada RM22.90, diikuti Stratus Global Holdings yang menokok 58 sen kepada RM2.88.

Tong Herr Resources meningkat 49 sen kepada RM2.39, Allianz Malaysia naik 44 sen kepada RM21.52 dan YTL Power International mengukuh 32 sen kepada RM4.69.

Dalam senarai kaunter rugi, Malaysian Pacific Industries susut 40 sen kepada RM47.26.

Petronas Dagangan dan United Plantations masing-masing turun 32 sen kepada RM19.24 dan RM33.88, manakala UWC dan Pentamaster Corp masing-masing merosot 24 sen kepada RM6.55 dan RM5.47.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 21.77 mata kepada 12,834.25 dan Indeks FBM Top 100 berkurangan 25.08 mata kepada 12,660.20.

Indeks FBM Emas Shariah susut 28.31 mata kepada 12,663.23 dan Indeks FBM Mid 70 merosot 99.54 mata kepada 18,226.52.

Indeks FBM ACE pula mengukuh 42.20 mata kepada 5,079.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 103.32 mata kepada 20,416.53, manakala Indeks Tenaga susut 4.02 mata kepada 758.39.

Sebaliknya, Indeks Perladangan meningkat 76.53 mata kepada 9,541.08, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.22 mata kepada 188.0.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.88 bilion unit bernilai RM3.13 bilion daripada 1.60 bilion unit bernilai RM2.58 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran turut meningkat kepada 1.16 bilion unit bernilai RM155.13 juta daripada 1.13 bilion unit bernilai RM146.50 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 511.75 juta unit bernilai RM180.17 juta daripada 498.42 juta unit bernilai RM175.55 juta sebelumnya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ALLIANZ 21.680
BURSA 8.570
FBM70 17900.600
FBMACE 5312.440
FBMEMAS 12639.150
FBMKLCI 1705.520
FBMSHA 12502.700
FBMT100 12438.230
GENETEC 0.310
HHRG 0.165
HHRG-WB 0.125
IHH 7.890
KLK 22.740
MPI 40.980
MRCB 0.305
PBBANK 4.850
PENTA 5.400
PETDAG 20.660
PTRANS 0.195
STRATUS 2.910
TENAGA 13.720
TONGHER 2.400
UTDPLT 33.300
UWC 6.720
YTLPOWR 5.740
ZETRIX 0.250

Comments

Login to comment.