Bursa Malaysia dibuka tinggi, pembelian harga rendah sokong pasaran

BeritaHarian Wed, Aug 12, 2026 10:28am - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, disokong aktiviti pembelian saham pada harga rendah selepas penurunan semalam serta minat terhadap beberapa saham wajaran tinggi.

Bagaimanapun, sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan prestasi lemah Wall Street ketika pelabur memantau perkembangan Selat Hormuz dan menunggu pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS).

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.19 mata kepada 1,732.65 daripada 1,731.46 ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka hampir mendatar, meningkat 0.01 mata kepada 1,731.47.

Di pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 162 berbanding 117, manakala 314 kaunter tidak berubah, 2,194 tidak diniagakan dan 13 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 99.51 juta saham bernilai RM63.27 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata Wall Street ditutup rendah berikutan kebimbangan bahawa usaha membuka semula Selat Hormuz menemui jalan buntu.

"Justeru, minyak mentah Brent melonjak menghampiri AS$95 setong sekali lagi," katanya.

Firma penyelidikan itu berkata peniaga turut menunggu pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS lewat hari ini yang dijangka menjadi antara petunjuk penting kepada hala tuju pasaran.

"Untuk hari ini, kami menjangkakan penyatuan pasaran akan berterusan dan menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam julat 1,725 hingga 1,735," menurut Rakuten Trade.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM10.58, manakala Public Bank susut satu sen kepada RM5.18 dan CIMB Group merosot dua sen kepada RM7.87.

IHH Healthcare berkurangan tujuh sen kepada RM8.28, manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.34.

Bagi saham aktif, MR DIY Group susut dua sen kepada RM1.50, Hextar Healthcare dan Perak Transit masing-masing tidak berubah pada enam sen dan 24 sen, manakala Kinergy Advancement naik setengah sen kepada 42 sen dan NationGate Holdings menambah satu sen kepada RM1.51.

Antara kaunter paling untung, UMS Integration naik 12 sen kepada RM7.99, PPB Group meningkat sembilan sen kepada RM9.49, manakala SD Guthrie dan AEON Credit masing-masing menambah lapan sen kepada RM6.99 dan RM5.74.

YTL Power International pula meningkat tujuh sen kepada RM4.85.

Bagi kaunter paling rugi, Nestle menguncup 80 sen kepada RM101.80, Malaysian Pacific Industries susut 54 sen kepada RM47.56, ENRA Group berkurangan 13 sen kepada 72 sen, Allianz Malaysia merosot lapan sen kepada RM22.02 dan UWC turun tujuh sen kepada RM6.61.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 5.69 mata kepada 12,859.92, Indeks FBM Top 100 meningkat 4.63 mata kepada 12,671.46 dan Indeks FBM ACE menambah 8.80 mata kepada 5,178.02.

Indeks FBM Emas Syariah susut 1.38 mata kepada 12,702.80, manakala Indeks FBM Mid 70 merosot 10.60 mata kepada 18,387.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 12.71 mata kepada 20,386.92, Indeks Perladangan menambah 44.66 mata kepada 9,528.66 dan Indeks Tenaga naik 1.69 mata kepada 774.91.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian pula susut 0.19 mata kepada 187.78.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ALLIANZ 21.120
BURSA 8.410
ENRA 0.985
FBM70 17728.641
FBMACE 5260.230
FBMEMAS 12510.200
FBMKLCI 1686.740
FBMT100 12305.640
HEXCARE 0.070
IHH 7.650
KINERGY 0.400
MPI 40.700
MRDIY 1.290
NATGATE 1.690
NESTLE 92.000
PBBANK 4.800
PPB 9.610
PTRANS 0.190
SDG 6.220
TENAGA 13.600
UMSINT 8.300
UWC 6.600
YTLPOWR 5.700

Comments

Login to comment.