Northern Solar dapat kelulusan berpindah ke Pasaran Utama

BeritaHarian Tue, Sep 01, 2026 01:59pm - 1 month View Original


Northern Solar Holdings Bhd

KUALA LUMPUR: Northern Solar Holdings Bhd memperoleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk cadangan memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Kelulusan itu diberikan di bawah Seksyen 214(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan tertakluk kepada Northern Solar serta penasihat utamanya, Alliance Islamic Bank Bhd, supaya mematuhi sepenuhnya keperluan Garis Panduan Ekuiti SC bagi cadangan pemindahan berkenaan.

"SC juga mengambil maklum bahawa Northern Solar mematuhi keperluan ekuiti Bumiputera yang terpakai kepada syarikat tersenarai awam susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Securities," menurut Northern Solar dalam satu kenyataan semalam.

Syarikat itu pertama kali mengumumkan cadangan pemindahan berkenaan pada 25 Mac 2026, dan mengemukakan permohonannya kepada SC pada 30 Mac.

Cadangan pemindahan itu menandakan peringkat seterusnya dalam pembangunan Northern Solar dalam pasaran modal Malaysia berikutan penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 6 Februari 2025.

"Penyenaraian Pasaran Utama dijangka meningkatkan profil korporat dan keterlihatan syarikat dalam kalangan asas pelabur yang lebih meluas, termasuk pelabur institusi," menurut kenyataan itu.

Northern Solar dan penasihatnya akan meneruskan proses seterusnya bagi memenuhi baki keperluan untuk cadangan pemindahan tersebut.

Menurut syarikat itu, ia akan membuat pengumuman lanjut kepada Bursa Securities apabila terdapat sebarang perkembangan penting.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.020
NORTHERN 1.270

Comments

Login to comment.