Kawalan pergerakan, ketidakstabilan politik jejas Bursa Malaysia

BeritaHarian Thu, Jul 08, 2021 10:33am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan kekurangan pemangkin positif.

Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 11.69 mata kepada 1,518.46 daripada 1,530.15 pada penutupan Rabu.

Indeks utama itu dibuka 4.25 mata lebih rendah kepada 1,525.9.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 482 kepada 61, manakala 196 kaunter tidak berubah, 1,449 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 505.69 juta unit bernilai RM208.95 bilion.

Malacca Securities berkata, ia menjangkakan kawalan pergerakan yang sedang dijalankan di beberapa lokaliti serta situasi COVID-19 di Malaysia akan terus mempengaruhi bursa tempatan.

"Terdapat beberapa perkembangan dalam arena politik yang mungkin menyumbang kepada ketidakstabilan pasaran," menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Ia menambah, sektor teknologi mungkin meneruskan trend peningkatan, seiring prestasi positif di Nasdaq.

Selain itu, pelabur mungkin tertumpu kepada saham sarung tangan untuk dagangan jangka pendek, mengambil kira kes COVID-19 yang masih meningkat," kata Malacca Securities.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank turun dua sen kepada RM8.04 dan RM4.06, Petronas Chemicals jatuh lapan sen kepada RM8.01, TNB turun empat sen kepada RM9.67, IHH Healthcare jatuh sembilan sen kepada RM5.53 dan CIMB turun tiga sen kepada RM4.57.

Bagi saham aktif, Advance Synergy naik satu sen kepada 17 sen, T7 Global menokok 1.5 sen kepada 38 sen dan Pelangi Publishing meningkat 7.5 sen kepada 44 sen, manakala KNM tidak berubah pada 17 sen, Serba Dinamik turun setengah sen kepada 47.5 sen dan Dagang Nexchange jatuh dua sen kepada 69 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 90.34 mata kepada 11,075.78, Indeks FBMT 100 turun 86.71 mata kepada 10,780.79, dan Indeks FBM Emas Syariah jatuh 108.02 mata kepada 12,105.7.

FBM ACE turun 148.82 mata kepada 7,290.92 dan FBM 70 jatuh 130.24 mata kepada 14,377.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 60.16 mata kepada 14,990.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 2.22 mata kepada 188.0, dan Indeks Perladangan turun 33.25 mata kepada 6,339.69.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ASB 0.105
BURSA 7.460
DNEX 0.385
IHH 6.120
PBBANK 4.190
T7GLOBAL 0.515

Comments

Login to comment.