Parkson sewa hartanah di Yichun, China

BeritaHarian Mon, Jul 12, 2021 04:10pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Unit 54.97 peratus milik Parkson Holdings Bhd (PHB), Parkson Retail Group Ltd (PRGL), memeterai perjanjian penyewaan bagi hartanah di Bandar Yichun, China.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, PHB menjelaskan perjanjian itu dimeterai PRGL menerusi anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Jiangxi Parkson Shopping Centre Management Co Ltd dengan Yichun Hong Lin Hotel Co Ltd pada Ahad.

"Ia berkaitan penyewaan tingkat pertama hingga empat di atas aras bumi Hong Lin World City yang terletak di bandar Yichun di wilayah Jiangxi serta beberapa lot kedai yang berada di Hong Lin World City selama 20 tahun," jelasnya.

PHB juga menambah, berdasarkan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa 16 - Pajakan, langkah memeterai perjanjian penyewaan itu sebagai penyewa memerlukan PRGL mengiktiraf hartanah itu sebagai aset hak guna yang mana nilainya kira-kira RM59.70 juta.

Justeru, pemeteraian perjanjian berkenaan dan transaksi yang dipertimbangkan di bawahnya akan dianggap sebagai pengambilalihan aset oleh PRGL, jelasnya.

Menurut PHB penyewaan hartanah itu penting dalam pembangunan perniagaan syarikat di Bandar Yichun dan sejajar dengan stategi pengembangan di wilayah Jiangxi.

"Lembaga pengarah yakin penyewaan itu akan memberi kesan positif kepada pembangunan syarikat pada masa depan.

"Bagaimanapun, pengambilalihan aset terbabit tidak memberi kesan yang menjejaskan pendapatan PHB Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 dan aset bersih PHB Group berasaskan penyata kedudukan kewangan syarikat disatukan yang telah diaudit setakat 30 Jun 2020," menurutnya.

Dagangan saham PHB digantung pada 9 pagi tadi sebelum diniagakan kembali pada 10 pagi.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.470
PARKSON 0.235

Comments

Login to comment.