Industronics teroka pasaran jam tangan mewah terpakai

BeritaHarian Tue, Jul 13, 2021 08:27pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Industronics Bhd menyasarkan untuk meneroka pasaran jam tangan mewah terpakai bernilai AS$17 bilion (RM71 bilion) dengan pelancaran platform e-dagangnya watchexchanges.com (WatchExchange), menerusi anak syarikat milik penuhnya di Hong Kong, Ecgo International Ltd.

Pengarah Eksekutif Industronics, Datuk Chu Boon Tiong, berkata WatchExchange bersedia menjadi platform e-dagang jam tangan mewah pertama yang mengeluarkan sijil tulen untuk jam tangan mewah terpakai di Malaysia dan Asia Pasifik.

Antara beberapa jenama terkemuka yang diprofilkan termasuk Audemars Piguet, Hublot, Patek Philippe, Tag Heuer, IWC, Omega, Jaeger LeCoultre, Panerai, Rolex, dan Breitling.

"Kami juga akan menubuhkan dana di Hong Kong bagi mengumpul RM250 juta daripada bakal pelabur, dan hasil yang dikumpul itu akan digunakan untuk membeli pelbagai jenama jam tangan mewah untuk dijual semula dalam platform kumpulan," katanya dalam satu kenyataan.

Chu berkata, Industronics berhasrat melabur kira-kira RM25 juta atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pembiayaan yang diperlukan, bersama dengan Hong Kong Cyberport Fund, yang akan melaburkan jumlah yang setara pada nisbah 1: 1.

Baki selebihnya sebanyak RM200 juta pula akan dibuka kepada kumpulan pelaburan lain untuk membuat pelaburan.

-- Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ITRONIC 0.045

Comments

Login to comment.