Belian saham harga rendah lonjak Bursa Malaysia

BeritaHarian Thu, Jul 15, 2021 07:50pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah berterusan sepanjang sesi dagangan dalam hampir semua sektor secara menyeluruh diterajui oleh sektor penjagaan kesihatan.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.56 peratus atau 8.50 mata kepada 1,520.82 daripada 1,512.32 semasa ditutup pada Rabu.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 0.25 mata kepada 1,512.57 dan bergerak antara 1,511.60 dan 1,523.98 sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 612 berbanding 348, manakala 499 kaunter tidak berubah, 769 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 5.08 bilion unit bernilai RM3.49 bilion daripada 4.37 bilion unit bernilai RM2.99 bilion pada Rabu.

Penganalisis berkata, pergerakan indeks utama yang rendah berada di bawah paras sokongan sebanyak 1,520 pada sesi awal, mendorong minat daripada pelabur institusi untuk membeli saham pada harga rendah terutamanya dalam saham mewah.

"Walaupun ini memberi peluang kepada pelabur untuk mengukuhkan pegangan mereka dan membantu menstabilkan pasaran, minat dalam sektor penjagaan kesihatan meningkat berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 harian," katanya kepada Bernama.

Jumlah kes jangkitan COVID-19 harian di Malaysia mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara sebanyak 13,215 kes hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

IHH Healthcare naik enam sen kepada RM5.70, Top Glove meningkat 28 sen kepada RM4.04, Hartalega menambah 38 sen kepada RM7.64, LKL menokok empat sen kepada 31.5 sen dan Careplus menambah 23 sen kepada RM1.99.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi yang lain, Maybank tidak berubah pada RM8.05, Public Bank merosot dua sen kepada RM4.05, Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM8.04, TNB naik 10 sen kepada RM9.72 dan CIMB meningkat satu sen kepada RM4.54.

Bagi kaunter paling aktif, Serba Dinamik naik 4.5 sen kepada 45.5 sen, diikuti LKL dan Careplus.

Bagaimanapun, Pasukhas susut 3.5 sen kepada 19.5 sen, manakala Yenher Holdings yang mula disenaraikan di Pasaran Utama merosot lima sen kepada 90 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 64.79 mata kepada 11,093.28, Indeks FBMT 100 meningkat 59.23 mata kepada 10,803.83 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 93.68 mata kepada 12,169.76.

FBM ACE melonjak 97.70 mata kepada 7,202.85 dan FBM 70 meningkat 74.65 mata kepada 14,433.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 9.08 mata kepada 14,893.18, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.2 mata kepada 188.03, bagaimanapun Indeks Perladangan merosot 65.01 mata kepada 6,152.32.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 3.30 bilion saham bernilai RM2.65 bilion daripada 2.50 bilion saham bernilai RM2.39 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 257.67 juta unit bernilai RM30.86 juta daripada 224.72 juta unit bernilai RM27.94 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 1.51 bilion saham bernilai RM813.29 juta daripada 1.64 bilion saham bernilai RM573.71 juta pada Rabu.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 601.57 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.06 bilion), pembinaan (131.11 juta), teknologi (373.72 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (43.64 juta), hartanah (204.06 juta), perladangan (20.57 juta), REIT (4.76 juta), dana tertutup (7,000), tenaga (590.18 juta), penjagaan kesihatan (195.64 juta), telekomunikasi dan media (19.72 juta), pengangkutan dan logistik (46.01 juta) dan utiliti (13.27 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
IHH 6.250
PBBANK 4.230
TOPGLOV 0.835
YENHER 0.840

Comments

Login to comment.