Sapura Energy dapat kontrak RM1.2 bilion

BeritaHarian Wed, Jul 21, 2021 08:05pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd berjaya memenangi penyambungan dan kontrak utama di Malaysia dan Thailand bagi segmen Pembinaan & Kejuruteraan (E&C); Operasi & Penyelenggaraan (O&M) dan Penggerudian dengan nilai gabungan kira-kira RM1.2 bilion.

Menurut penyedia penyelesaian tenaga bersepadu global itu dalam kenyataan, kumpulan itu terus mengekalkan momentum pemerolehan kontraknya pada suku kedua tahun kewangan berakhir 2022.

Bagi segmen perniagaan E&C di Malaysia, kumpulan mendapatkan kontrak menerusi anak syarikatnya, Sapura Offshore Sdn Bhd, daripada PTTEP Sarawak Oil Ltd (PTTEP) dan EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd menerusi kempen Pengangkutan dan Pemasangan Kemudahan Pesisir Pan Malaysia 2021.

"Skop kerja dari PTTEP merangkumi pengangkutan dan pemasangan, kejuruteraan, tinjauan, pengantaramukaan, pemasangan dan penyerahan bahagian atas, pembuangan struktur sementara dan kerja pilihan lain.

"Tempoh kontrak adalah selama lapan bulan, berkuat kuasa 2 Februari 2021," katanya.

Bagi penganugerahan kontrak daripada EnQuest, katanya ia adalah untuk penggantian saluran paip bawah laut dan penaik angkat gas sepuluh inci.

"Skop kerja merangkumi kejuruteraan, pengangkutan, pemasangan penaik, ikatan dasar laut dan pra-pengoperasian saluran paip.

"Dijadualkan selama lima bulan, kerja berkenaan dijangka selesai menjelang suku keempat tahun ini," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

PMCORP 0.190
SAPNRG 0.045

Comments

Login to comment.