Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

BeritaHarian Fri, Jul 23, 2021 11:05am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan bercampur-campur ketika indeks petunjuk utama susut 0.08 peratus selepas 10 minit urus niaga dijalankan.

Indkes diheret turun oleh jualan saham wajaran tinggi terpilih yang didahului oleh IHH Healthcare dan PPB Group.

Pada 9.10 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.26 mata kepada 1,526.36 daripada 1,527.62 di akhir dagangan Khamis.

Indeks tersebut susut 0.59 mata kepada 1,528.21 sewaktu pasaran dibuka.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 243 berbanding 184 manakala 271 lain tidak berubah, 1,538 tidak didagangkan dan 31 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 330.53 juta unit bernilai RM179.49 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata FBM KLCI dijangka memanfaatkan kenaikan sesi sebelum ini dengan menumpukan aspek perkembangan pemulihan ekonomi negara.

"Namun, kami masih lagi berhati-hati berikutan tidak banyak petunjuk baharu mengenai prospek jangka masa terdekat yang akan mengekang kemungkinan berlakunya aliran peningkatan selepas ini," kata firma pembrokeran itu.

Bagaimanapun, katanya, sentimen pasaran secara amnya semakin pulih dan membolehkan saham-saham berharga rendah mencatat pemulihan selepas mengharungi tempoh dua bulan yang sukar yang menyaksikan banyak saham-saham berada dalam kelompok terlebih jualan.

Malacca Securities turut menjangkakan peningkatan sektor teknologi berikutan prestasi semalaman Nasdaq yang positif.

"Produk pengguna, sektor pengangkutan dan logistik mungkin menjadi tumpuan sejajar dengan jangkaan pemulihan perbelanjaan pengguna dalam bulan-bulan akan datang selain pemulihan aktiviti ekonomi secara beransur-ansur," katanya.

Selain itu, firma berkenaan berkata pengukuhan harga minyak mentah berikutan bekalan yang lebih terhad dan peningkatan permintaannya, juga dijangka memacu prestasi sektor tenaga.

Saham wajaran tinggi menyaksikan IHH Healthcare susut tujuh sen kepada RM5.73, PP Group turun 26 sen kepada RM18.24, MISC merosot enam sen kepada RM6.81, Petronas Dagangan berkurangan 26 sen kepada RM18.60 manakala Hong Leong Financial Group kehilangan 22 sen kepada RM17.62.

Maybank pula meraih dua sen kepada RM8.06, Public Bank untung satu sen kepada RM4.03, TNB menokok tiga sen kepada RM9.77 manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.08.

Bagi saham aktif, Hwa Tai naik 13.5 sen kepada RM1.07, YBS International meningkat dua sen kepada 53.5 sen, Pasukhas menokok setengah sen kepada 11 sen, Lambo naik enam sen kepada 31 sen, BCM Alliance meraih 3.5 sen kepada 13 sen manakala Kanger turun setengah sen kepada tujuh sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 3.28 mata kepada 11,191.68, Indeks FBMT 100 menokok 1.69 mata kepada 10,889.45 manakala FBM ACE meraih 21.64 mata kepada 7,403.80.

Indeks FBM Emas Shariah naik 2.68 mata kepada 12,324.67 dan FBM 70 menokok 43.87 mata kepada 14,728.47.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 4.82 mata kepada 14,889.33, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.07 mata kepada 190.18 dan Indeks Perladangan susut 4.81 mata kepada 6,283.66.

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BCMALL 0.015
BURSA 7.460
HLFG 16.480
IHH 6.090
MISC 7.830
PBBANK 4.140
PETDAG 21.800
PPB 15.600
YBS 0.775

Comments

Login to comment.