Majuperak dilantik ketuai pembelian vaksin di Perak

BeritaHarian Mon, Jul 26, 2021 07:08pm - 2 years View Original


IPOH: Majuperak Holdings Bhd (MHB) dilantik untuk mengetuai pembelian vaksin untuk Program Vaksin Perak (PVP).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, Nizran Noordin, berkata syarikat akan menyokong usaha-usaha kerajaan negeri dalam mempercepat proses vaksinasi untuk rakyat demi mencapai imuniti kelompok dengan meningkatkan pengedaran vaksin kepada kumpulan sasaran di Perak.

Katanya, melalui PVP MHB yang dikenali sebagai 'SilverVax', bekalan vaksinasi akan disediakan kepada syarikat swasta bagi tujuan vaksinasi buat kakitangan syarikat dan keluarga mereka.

"Syarikat swasta yang disasarkan ini adalah syarikat kecil, sederhana dan besar dalam industri pembuatan, perladangan, perkhidmatan dan hartanah.

"Vaksinasi akan diberikan di Hospital Ar-Ridzuan, Ipoh mulai Ogos ini dan pusat vaksinasi lain yang telah dikenal pasti bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, MHB juga menandatangani Perjanjian Bekalan dan Pengedaran dengan Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd, anak syarikat Pharmaniaga Bhd baru-baru ini, untuk pembekalan Sinovac vaksin COVID-19.

"Justeru, MHB telah melantik dan memberi kuasa kepada Hospital Ar-Ridzuan sebagai pengedar bagi pihak MHB di Perak," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MHB dan Ketua Pegawai

Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, berkata sementara menantikan Pelan Pemulihan Nasional (PPN) Fasa 3, adalah penting untuk memastikan bahawa tenaga kerja di Perak mencapai 40 peratus sasaran vaksinasi.

"Kami berbesar hati bahawa kerjasama dengan Pharmaniaga untuk mengedar Sinovac vaksin COVID-19 akan mempercepat proses vaksinasi kearah pembukaan semula kegiatan ekonomi sejajar dengan protokol

PPN.

"Selain itu, MHB dan EB Holdings Sdn Bhd juga sedang

mengatur perincian untuk mendapatkan vaksin Sinopharm daripada Duopharma Biotech Bhd selain memastikan bekalan yang mencukupi dan berterusan dalam hasrat mencapai imuniti kelompok buat Perak.

"Perolehan vaksin Sinopharm ini akan tertakluk kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin

COVID-19 (JKJAV) dan seiring dengan peningkatan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan," katanya.

Pemilik perniagaan di negeri Perak yang berminat untuk mengikuti program ini boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan di pejabat korporat MHB atau mendaftar di https://www.vaksinperak.com/.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

DPHARMA 1.190
MJPERAK 0.310
PHARMA 0.340

Comments

Login to comment.