CTOS beli saham minoriti RAM

BeritaHarian Thu, Jul 29, 2021 03:56pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: CTOS Digital Bhd (CTOS) membeli 662,500 saham mewakili 4.6 peratus kepentingan dalam RAM Holdings Bhd (RAM) dengan nilai RM10.1 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Dennis Martin, berkata ia adalah langkah pengambilalihan kepentingan pertama kumpulan selepas disenaraikan di Bursa Malaysia pada 19 Julai lalu.

"CTOS memeterai perjanjian pembelian saham (SPA) dengan CIMB Bank Bhd untuk memperoleh saham minoriti RAM.

"Penilaian harga itu dibuat berdasarkan pembeli dan penjual bersedia," katanya dalam satu kenyataan.

Martin berkata, RAM adalah peneraju pasaran dalam industri penarafan bon di Malaysia dengan menawarkan pelbagai penyelesaian bermula dari penelitian pasaran ekonomi dan hutang, data dan analitik serta perkhidmatan kelestarian.

Beliau berkata, CTOS percaya terdapat kekuatan yang kukuh dalam penawaran produk dan asas pelanggan antara kedua-dua kumpulan untuk masa hadapan.

Pengambilalihan ini juga, katanya, tidak bergantung kepada persetujuan pemegang saham CTOS atau pihak berkuasa lain yang berkaitan.

"Proses ini dijangka selesai pada hari yang sama dengan SPA," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.450
CTOS 1.390

Comments

Login to comment.