Bursa Malaysia jatuh 8.93 mata

BeritaHarian Wed, Aug 04, 2021 08:32pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga hari ini teramat rendah berikutan kebimbangan yang kian memuncak terhadap penularan ketara varian Delta COVID-19 serta perkembangan terkini kemelut politik dalam negara yang telah mengekang kegiatan membeli dalam kalangan pelabur.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 8.93 mata kepada 1,491.33 berbanding 1,500.26 pada penutupan urus niaga Selasa.

Indeks utama yang dibuka 2.98 mata lebih rendah pada 1,497.28 pagi ini, bergerak antara 1,483.73 dan 1,497.88 di sepanjang sesi urus niaga.

Ini berikutan kerugian yang dicatatkan oleh Public Bank, Telekom Malaysia, Mr DIY dan Dialog - sekiranya digabungkan menjadi 4.903 mata.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 685 berbalas 333, sementara 411 kaunter tidak berubah, 763 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 3.67 bilion unit bernilai RM2.53 bilion daripada 4.16 bilion unit bernilai RM2.72 bilion pada Selasa.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata FBM KLCI ditutup 0.6 peratus lebih rendah dengan pelabur masih mencerna perkembangan politik terkini dalam negara selain daripada kes COVID-19 yang sekali lagi mencapai tahap tertinggi.

"Malaysia hari ini mencatatkan 19,819 kes COVID-19 baharu, jumlah tertinggi sejak pandemik ini melanda negara pada awal tahun lalu.

"Apabila diperhati dengan teliti, kerugian dalam indeks FBM KLCI diterajui oleh Dialog dan TM, masing-masing turun 4.1 peratus dan 3.0 peratus.

"Untuk sektoral pula, Indeks Penjagaan Kesihatan Bursa Malaysia dan Indeks Pengangkutan dan Logistik Bursa Malaysia paling ketinggalan, merosot sehingga 1.2 peratus hari ini," katanya.

Secara perbandingan dengan pasaran serantau yang lain, kebanyakan bursa serantau Asia mencatatkan keuntungan, mengambil petunjuk daripada keuntungan kukuh korporat yang dilaporkan oleh syarikat-syarikat di Wall Street.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank and Public Bank masing-masing susut empat sen kepada RM8.01 dan RM3.96, Petronas Chemicals jatuh lima sen kepada RM8.00, IHH kerugian enam sen kepada RM5.71 dan CIMB lebih rendah tiga sen kepada RM4.51.

Tenaga, bagaimanapun mengukuh 10 sen kepada RM9.83.

Bagi kaunter aktif, Dagang Nexchange merosot 3.5 sen kepada 75.5 sen, Saudee turun 1.5 sen kepada sembilan sen, Advance Synergy tidak berubah pada 16.5 sen, Serba Dinamik dan BCM Alliance menokok setengah sen, masing-masing kepada 41 sen dan 15.5 sen sementara Seal menambah 3.5 sen kepada 42.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 68.96 mata pada 10,955.46, Indeks FBMT 100 susut 67.59 mata kepada 10,669.26, FBM 70 jatuh 106.54 mata kepada 14,546.25, Indeks FBM Emas Syariah menyusut 72.36 mata kepada 12,031.92, dan FBM ACE turun 35.26 mata hingga 7,082.47.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 77.0 mata menjadi 14,714.66, Indeks Perladangan kerugian 21.64 mata kepada 6,066.45, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lega 1.05 mata kepada 187.51.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menguncup kepada 2.51 bilion saham bernilai RM2.2 bilion daripada 2.73 bilion saham bernilai RM2.28 bilion pada hari Selasa.

Jumlah dagangan waran mengecil sedikit kepada 323.06 juta unit bernilai RM40.34 juta berbanding 328.07 juta unit bernilai RM48.18 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun dengan ketara kepada 827.7 juta saham bernilai RM292.18 juta berbanding 1.1 bilion saham bernilai RM386.25 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menguasai 787.02 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (611.12 juta), pembinaan (89.67 juta), teknologi (434.74 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (56.43 juta), hartanah (213.04 juta), perladangan (14.38 juta), REIT (4.22 juta), dana tertutup (24,000), tenaga (177.11 juta), penjagaan kesihatan (66.36 juta), telekomunikasi dan media (18.82 juta), pengangkutan dan logistik (26.89 juta) dan utiliti (14.55 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ASB 0.105
BCMALL 0.015
BURSA 7.460
DNEX 0.345
PBBANK 4.210
TM 6.010

Comments

Login to comment.