Pasaran saham tempatan melantun semula

BeritaHarian Thu, Aug 05, 2021 10:41am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan prestasi berbeza berbanding dengan aliran rendah semalam apabila dibuka tinggi pada awal dagangan Khamis, seiring pergerakan di bursa serantau, susulan sentimen pasaran yang lebih baik, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran menokok 4.25 mata kepada 1,495.58 daripada 1,491.33 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka 2.32 mata lebih tinggi kepada 1,493.65.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 168 berbanding 127 manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,645 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 180.9 juta unit bernilai RM89.29 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, FBM KLCI mencatatkan prestasi berbeza berbanding dengan sesi sebelum ini untuk ditutup rendah semalam selepas pelabur berundur dari dagangan susulan kes positif COVID-19 harian yang tinggi selain gangguan politik berterusan dalam negara.

Firma pembrokeran itu menjelaskan bursa tempatan menyaksikan aliran keluar dana asing bagi sembilan sesi dagangan berterusan berikutan sentimen pasaran negatif secara keseluruhan.

"Bagaimanapun, pengumuman Perdana Menteri mengenai persidangan Parlimen disambung pada bulan depan serta peningkatan kadar vaksinasi dapat meredakan ketidakpastian dalam pasaran.

"Memandangkan pergerakan menurun telah melepasi paras 1,500, pelabur mungkin memantau paras sokongan berikutnya pada 1,480 manakala rintangan pada 1,500," menurutnya dalam nota penyelidikan.

Ia menjelaskan berdasarkan sektor, sektor utiliti yang dilihat stabil dan bertahan, dijangka terus menjadi tumpuan dalam situasi sentimen pasaran negatif secara keseluruhan ini.

Selain itu, sektor teknologi mungkin merekodkan aliran meningkat, menjejaki kenaikan di Nasdaq dalam tempoh semalaman, tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.03, Public Bank menokok tiga sen kepada RM3.99, Petronas Chemicals menambah sembilan sen kepada RM8.09 dan IHH tidak berubah pada RM5.71.

Tenaga, bagaimanapun, turun tujuh sen kepada RM9.76.

Antara saham aktif, Dagang Nexchange dan BTM masing-masing menambah 1.5 sen kepada 77 sen dan 25 sen, SBC naik 10 sen kepada 61 sen manakala Saudee dan Matang masing-masing meningkat setengah sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 34.29 mata kepada 10,989.75; Indeks FBMT 100 menokok 30.32 mata kepada 10,699.58; FBM ACE naik 21.63 mata kepada 7,104.1; FBM 70 melonjak 41.08 mata kepada 14,587.331 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 22.44 mata kepada 12,054.36.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 86.47 mata kepada 14,801.14, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.78 mata kepada 188.29 manakala Indeks Perladangan turun 2.69 mata kepada 6,063.76.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
DNEX 0.345
MATANG 0.085
PBBANK 4.210
SBCCORP 0.360

Comments

Login to comment.