Terbitan saham Scanwolf jana RM10.5 juta

BeritaHarian Fri, Aug 06, 2021 02:48pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Penawaran saham pinjaman tidak bercagar boleh tukar tidak boleh tebus (ICULS) dengan waran 10 sen sesaham Scanwolf Corp Bhd terlebih langganan sebanyak 101.85 peratus dan mengumpulkan RM10.5 juta.

ICULS dan waran pengeluar produk berkaitan plastik dan pemaju hartanah itu dijangka disenaraikan serta disebut harga di Bursa Malaysia pada 9 Ogos ini.

Pengarah Eksekutif Scanwolf, Ng Chee Wai, berkata pelanggan berhak mendapat satu waran untuk setiap dua ICULS yang dilanggan.

Beliau berkata, modal itu membolehkan kumpulan mengembangkan strategi pengembangannya untuk memanfaatkan peluang perniagaan yang muncul daripada perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) dengan China serta pemulihan ekonomi daripada COVID-19.

"Kumpulan juga melihat peningkatan permintaan untuk produk perabot kerana peralihan ke trend bekerja dari rumah.

"Dana yang diperoleh akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan plastik, pembungkusan dan lantai Scanwolf," katanya.

Chee Wai berkata, walaupun lonjakan semula kes positif COVID-19 mengembalikan risiko pembukaan semula ekonomi global, program vaksin yang efektif dilihat dapat membantu mengatasinya.

Beliau berkata, permintaan kukuh dan pilihan mendapatkan produk dari negara lain selain China akan membantu Scanwolf berada dalam posisi yang lebih baik pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022, sekali gus mengekalkan pertumbuhan pendapatan dua angka.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.450
SCNWOLF 0.435

Comments

Login to comment.