Bursa Malaysia rendah pagi ini

BeritaHarian Wed, Aug 18, 2021 10:51am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah, dengan indeks utama merosot sebanyak 0.24 peratus selepas mencatatkan prestasi kukuh semalam.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.69 mata kepada 1,519.90 daripada 1,523.59 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks dibuka tinggi 1.39 mata kepada 1,524.98.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 188 berbanding 123, manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,618 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 319.34 juta unit bernilai RM100.82 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangka sentimen pasaran akan terus berhati-hati berikutan pelabur menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selain Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa pemimpin parti untuk bekerjasama menangani COVID-19 dan masalah ekonomi.

Firma broker itu berkata, pelabur boleh terus menempatkan kedudukan dalam sektor yang mencatatkan pemulihan seperti berkaitan pengguna, pengangkutan dan logistik serta pembinaan.

"Bagaimanapun, pedagang boleh melakukan perdagangan dengan berhati-hati dalam saham teknologi terpilih berikutan keputusan China untuk memperketat peraturan persaingan untuk syarikat Internet," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare meningkat satu sen kepada RM5.79, Public Bank dan Petronas Chemicals, masing-masing tidak berubah pada RM3.95 dan RM8, manakala Maybank dan TNB, masing-masing berkurangan tiga sen kepada RM8.11 dan RM9.91.

CIMB, Press Metal dan Maxis, masing-masing susut satu sen kepada RM4.59, RM5.09 dan RM4.44.

Daripada saham aktif, Avillion naik 1.5 sen kepada 21.5 sen, AppAsia menambah setengah sen kepada 15 sen, TFP Solutions tidak berubah pada 21.5 sen, Advance Synergy merosot dua sen kepada 20.5 sen dan Malayan United berkurangan satu sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE naik 22.33 mata kepada 7,154.47, Indeks FBM Emas berkurangan 17.20 mata kepada 11,103.94, Indeks FBM Emas Shariah merosot 17.34 mata kepada 12,209.27, Indeks FBMT 100 susut 20.17 mata kepada 10,820.80 dan FBM 70 naik 3.37 mata kepada 14,547.72.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.08 mata kepada 190.83, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 25.42 mata kepada 14,819.45 dan Indeks Perladangan susut 5.57 mata kepada 6,317.86.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

APPASIA 0.090
ASB 0.110
AVI 0.055
BURSA 7.450
IHH 6.050
MAXIS 3.370
PBBANK 4.220
TFP-WB 0.025

Comments

Login to comment.