GDB dapat kebenaran MITI teruskan kerja pembinaan

BeritaHarian Thu, Aug 19, 2021 06:38pm - 2 years View Original


Firma perkhidmatan pembinaan, GDB Holdings Bhd (GDB) mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk memulakan kerja enam projeknya yang sedang berjalan.

Pengarah Urusan GDB, Cheah Ham Cheia, tempahan dalam tangan GDB kini berada pada RM1.8 bilion terdiri daripada kerja pembinaan untuk projek Park Regent di Desa ParkCity, Perla Ara Sentral, 8 Conlay, Hotel Hyatt Centric Kota Kinabalu dan Hap Seng Star Mercedes-Benz Autohaus di Setia Alam yang dijangka menyumbang kepada pendapatan kumpulan sehingga 2023.

"Kumpulan juga melaksanakan langkah vaksinasi kepada semua kakitangan, sub-kontraktor dan pekerja mereka," katanya dalam satu kenyataan.

GDB merekodkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 42 peratus kepada RM13.7 juta pada separuh pertama berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM9.7 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Ham Cheia berkata, pendapatan kumpulan juga melonjak 38.2 peratus kepada RM191.8 juta berbanding RM138.8 juta separuh pertama 2020.

"Bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 pula, keuntungan bersih kumpulan meningkat 25 peratus kepada RM4.9 juta daripada RM3.9 juta suku sama tahun lalu.

"Pendapatan suku kedua ini juga meningkat dua kali ganda kepada RM80.7 juta berbanding RM38.9 juta disebabkan kumpulan mengiktiraf tahap pelaksanaan projek pembinaan," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

GDB 0.295

Comments

Login to comment.