Serba Dinamik saman KLSE Screener

BeritaHarian Mon, Aug 23, 2021 08:30am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah memulakan tindakan undang-undang terhadap pemilik dan pengendali platform sehenti dalam talian berkaitan pelaburan, KLSE Screener.

Ia susulan dakwaan bahawa platform itu menerbitkan komen palsu dan fitnah yang disiarkan oleh akaun pengguna yang menyamar sebagai CEO Kumpulan Serba Dinamik.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, akaun Pengguna, yang bernama "Dato' Mohd Karim" telah menerbitkan komen palsu di laman web klsescreener.com yang membawa kepada spekulasi yang tidak diingini mengenai saham Serba Dinamik.

Pengerusi Serba Dinamik, Datuk Mohamed Ilyas, berkata perintah interim telah diambil oleh syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya terhadap Pemilik dan Pengendali KLSE Screener.

Perintah interim itu akan menghalang KLSE Screener daripada menerbitkan, menerbitkan semula atau membenarkan penerbitan komen palsu oleh akaun yang menyamar sebagai Dato' Mohd Karim atau Serba Dinamik Holdings Bhd.

"Syarikat melihat penyamaran dan penerbitan komen palsu sebagai kesalahan serius terhadap syarikat dan CEOnya. Komen palsu ini telah menimbulkan spekulasi yang tidak diingini mengenai Serba Dinamik Holdings yang membahayakan dan merosakkan nama baik dan reputasi syarikat serta Dato' Mohd Karim", katanya dalam kenyataan berkenaan.

Mohamed Ilyas menambah, Serba Dinamik akan terus memantau beberapa platform lain dan tindakan undang-undang yang diperlukan akan diambil terhadap platform ini pada waktunya sekiranya platform ini menerbitkan artikel palsu dan fitnah terhadap Syarikat.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

SERBADK 0.020

Comments

Joseph Kong
1 Like · Reply
The next level play
pali cd
Got any more popcorn..?
1 Like · 2 years · translate
MadLife Momo
can go MBO there buy some popcorn ... support them
Like · 2 years · translate
Muhamad
2 Like · Reply
gg who the stupid one comment as the CEO.
Jutagajah Penipu
Well played....!
Like · 2 years · translate
pali cd
1 Like · Reply
Wow..speechless

Login to comment.