KUB catat untung RM158.6 juta

BeritaHarian Wed, Aug 25, 2021 07:42pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: KUB Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM158.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021, dengan pendapatan diraihnya dalam tempoh itu berjumlah RM584 juta.

Keuntungan dalam tempoh itu disumbangkan terutama daripada penjualan dua perniagaan bukan teras dan aset bukan strategik iaitu estet ladang sawit serta sebuah syarikat sekutu yang terbabit dalam pengurusan sisa buangan.

Di sebalik persekitaran operasi mencabar daripada sekatan berpanjangan untuk membendung pandemik COVID-19, sektor utama kumpulan masih merekodkan keuntungan terpuji.

Kedudukan tunai kumpulan melonjak daripada RM145.6 juta setakat 31 Disember 2019 kepada RM423.1 juta setakat 30 Jun 2021 dan paras nisbah hutangnya berkurangan daripada 31 peratus kepada lapan peratus dalam tempoh sama.

Pengerusi KUB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata keputusan pada tahun kewangan mencerminkan usaha transformasi kumpulan untuk mengurangkan sebarang kerugian masa depan dengan melupuskan perniagaan bukan teras dan bukan strategik, selain memberikan tumpuan dan menggunakan sumber untuk segmen perniagaan teras.

"Di sebalik persekitaran operasi dan ekonomi mencabar, saya percaya kami kini dalam kedudukan lebih mantap dan stabil untuk melaksanakan pelan strategik ke hadapan bagi menjadi syarikat yang mencatatkan keuntungan mampan," katanya dalam satu kenyataan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

KUB 0.645

Comments

Login to comment.