Prestar perluas kerjasama dengan firma Jepun

BeritaHarian Wed, Sep 01, 2021 01:20pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Prestar Resources Bhd (Prestar) memperluas kerjasamanya dengan Murata Machinery Ltd (Japan), bagi pembekalan sistem rak yang dilengkapi dengan sistem penyimpanan dan dapatan semula automatik (ASRS).

Pengarah Urusan Prestar, Datuk Toh Yew Peng, berkata kerjasama itu akan memberikan peluang pertumbuhan kepada anak syarikat milik penuhnya, Prestar Storage System Sdn Bhd (Prestar Storage) untuk menyertai pembekalan sistem rak ASRS kepada pelbagai anak syarikat dan pasaran Murata.

"Kerjasama yang diperluas ini diharapkan dapat memberikan kebolehcapaian serta-merta kepada Prestar Storage dari segi pembekalan sistem rak ASRS kepada e-dagang, farmasi, pengedaran pelbagai saluran dan industri yang mempunyai daya pemprosesan yang tinggi seperti barang pengguna cepat laris dalam pasaran global," katanya dalam satu kenyataan.

Pembuat peralatan dan produk keluli itu menjelaskan, Prestar Storage menandatangani perjanjian perkongsian pembuatan tambahan dengan bahagian logistik dan automasi Murata baru-baru ini untuk merangkumkan sembilan lagi anak syarikat Murata dalam perjanjian perkongsian pembuatan.

Sembilan anak syarikat itu adalah dari Amerika Syarikat (AS), China, Eropah, India, Thailand, Singapura, Vietnam, Taiwan dan Hong Kong.

Susulan perjanjian perkongsian pembuatan tambahan berkenaan, Prestar Storage akan meliputi 10 kawasan keseluruhannya, termasuk perkongsian utama di Jepun.

Prestar Storage menjalankan perniagaan menyediakan penyelesaian penyimpanan dengan jenama 'MYSTAR', manakala Murata adalah antara pereka dan pengeluar terbesar bagi sistem pengendalian bahan di Jepun.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

PRESTAR 0.500

Comments

Login to comment.