SEDANIA dapat kontrak jimat tenaga Pos Malaysia

BeritaHarian Mon, Sep 06, 2021 12:56pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: SEDANIA Innovator Bhd menerusi anak syarikatnya, SEDANIA Technologies Sdn Bhd memperoleh kontrak enam tahun dengan Pos Malaysia untuk pengurangan penggunaan tenaga melalui konsep simpanan bersama.

Ia akan menawarkan perkhidmatan teknologinya melalui rangka kerja Kontrak Prestasi Tenaga (EPC) yang membolehkan

organisasi meneruskan objektif alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) dengan mengurangkan penggunaan tenaga pada asas sifar-CAPEX.

Sebelum ini, perkhidmatan Greentech Solutions SEDANIA ditawarkan kepada sektor perbankan dan telekomunikasi.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDANIA, Daniel Ruppert, berkata usaha terbaharu itu adalah satu titik penting kepada syarikat selepas ia memperluaskan sektor Greentech Solutions ke industri logistik dan rantaian bekalan, industri dengan beribu-ribu pusat pemprosesan serta cawangan di seluruh Malaysia.

Beliau memuji inisiatif yang dilakukan oleh Pos Malaysia untuk mencapai kelestarian tenaga walaupun dalam keadaan semasa yang sangat mencabar.

"Kami amat teruja untuk membantu Pos Malaysia mengurangkan kos operasinya dan mencapai matlamat kemampanan tenaga.

Model yang ditawarkan kami adalah ideal kerana tidak mengganggu bidang operasi atau kewangan.

"Oleh itu, kami menggalakkan organisasi lain untuk turut sama melaksanakan agenda hijau secepat yang mungkin," katanya dalam satu kenyataan.

Kontrak enam tahun itu menandakan permulaan SEDANIA dalam sektor rangkaian bekalan, yang menunjukkan pertumbuhan besar dalam tempoh 18 bulan lalu berikutan peningkatan jumlah membeli-belah dalam talian.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Pos Malaysia melalui Pos Laju SendParcel menyempurnakan servis penghantaran dengan lebih 6.7 juta bungkusan dan menjana pendapatan sebanyak RM45.5 juta pada 2020.

Fasa pertama akan merangkumi pelan kecekapan tenaga dan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui di lapan tapak Pos Malaysia yang terpilih di Lembah Klang dan dijadualkan bermula tahun ini dan dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan.

Perniagaan GreenTech SEDANIA memainkan peranan penting membantu organisasi mencapai sasaran itu dan ia menyediakan khidmat kepada pelbagai organisasi dalam industri masing-masing, dari sektor telekomunikasi ke institusi kewangan dengan pengurangan tenaga sehingga lebih 65 Gigawatt di lebih 350 bangunan, bersamaan dengan 45,000 tan karbon dioksida.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

POS 0.480
SEDANIA 0.195

Comments

Login to comment.