Bekas CEO Bank Rakyat sertai Ni Hsin

BeritaHarian Fri, Sep 10, 2021 01:11pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat, Datuk Seri Rosman Mohamed dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Ni Hsin Group Bhd berkuat kuasa semalam.

Sebelum ini, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat.

Rosman mempunyai pengalaman lebih 30 tahun pengurusan dalam pelbagai industri seperti perbankan, pembangunan perniagaan, sumber manusia serta perakaunan di dalam dan luar negara termasuklah di Maybank, British American Tobacco dan Cabot Corporation.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Urusan Pusat Kecemerlangan Syarikat Abdul Latif Jameel (ALJ), Arab Saudi, pengedar kenderaan Toyota swasta terbesar di dunia.

Rosman adalah pemegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Saint Louis, Missouri, Amerika Syarikat (AS).

Ni Hsin Group dalam satu kenyataan, berkata menerusi pelantikan itu, Rosman akan memberikan nilai tambah untuk memacu pembangunan kumpulan.

Ketika ini, Rosman juga adalah Ahli Lembaga Pengarah di Boustead Holdings, Khind Holdings, Kumpulan Cisco Security serta Ahli Majlis Ekonomi Ibrahim Johor (IJEC).

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

2771 0.000
BAT 8.090
KHIND 2.700

Comments

Login to comment.