Bursa Malaysia meningkat selepas dibuka rendah

BeritaHarian Wed, Sep 15, 2021 10:39am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengalami peningkatan selepas dibuka rendah pada Rabu, disokong oleh pembelian semasa harga rendah ke atas saham berwajaran tinggi terpilih didahului kaunter perkhidmatan kewangan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran naik 2.23 mata kepada 1,557.74 daripada 1,555.51 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 0.65 mata lebih rendah kepada 1,554.86.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 165 berbanding 158 manakala 277 kaunter tidak berubah, 1,668 kaunter tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 169.04 juta unit bernilai RM84.62 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, kebimbangan mengenai kemungkinan kadar faedah dikecualikan ke atas moratorium pembayaran balik pinjaman selain cukai keuntungan luar biasa yang dijangka dikenakan, telah menakutkan pasaran.

"Bagaimanapun, kami yakin pasaran dijangka mengalami situasi 'terlebih jual' dalam tempoh terdekat dan aktiviti pembelian semasa harga rendah akan muncul.

"Sementara itu, kaunter perladangan serta minyak dan gas mungkin memperoleh daya tarikan susulan kenaikan harga minyak sawit mentah dan minyak mentah," jelasnya dalam nota penyelidikan pada Rabu.

Firma pembrokeran itu turut yakin pelabur akan menumpukan sektor yang bertemakan pemulihan seperti penerbangan dan berkaitan dengan pengguna memandangkan pembukaan semula perniagaan mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan RHB Bank masing-masing naik satu sen kepada RM8.30, RM4.01 dan RM5.36 sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.92 dan Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM10.16.

Bagi kalangan saham aktif, Emico Holdings menambah 4.5 sen kepada 48.5 sen, Bintai Kinden naik 1.5 sen kepada 54.5 sen dan Techna-X meningkat setengah sen kepada 9.5 sen.

Saham paling untung ialah Hong Leong Bank yang melonjak 18 sen kepada RM18.64, Hong Leong Financial menokok 16 sen kepada RM18.46 dan Widetech menambah 12 sen kepada RM5.77.

Antara saham paling rugi, Sam Engineering yang merosot 46 sen kepada RM14.24, Gets Global turun 15 sen kepada RM1.80 dan PMB Technology susut 13 sen kepada RM7.02.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 16.71 mata kepada 11,411.51; Indeks FBMT 100 menokok 17.85 mata kepada 11,105.65 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 8.01 mata kepada 12,499.05.

FBM 70 melonjak 31.69 mata kepada 14,991.11 sementara FBM ACE naik 0.18 mata kepada 7,139.47.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 24.70 mata kepada 6,477.69, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.02 mata kepada 197.96 serta Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 51.05 mata kepada 15,250.87.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BINTAI 0.080
BURSA 7.470
EMICO 0.325
HLBANK 19.500
MYTECH 0.510
ONEGLOVE 0.245
PBBANK 4.150
PMBTECH 2.610
RHBBANK 5.480
TECHNAX 0.015
TENAGA 11.600

Comments

Login to comment.