Dagangan Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah

BeritaHarian Wed, Sep 15, 2021 07:07pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup mendatar selepas sesi dagangan tidak menentu sepanjang urus niaga hari ini.

Dagangan di bursa tempatan hampir tidak berubah, menyusut sedikit sebanyak 0.016 peratus dengan kerugian dilihat pada saham Hap Seng, Tenaga dan Nestle, demikian kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.25 mata kepada 1,555.26 daripada penutupan urus niaga Selasa 1,555.51.

Indeks utama yang dibuka 0.65 mata lebih rendah pada 1,554.86, bergerak antara 1,549.65 dan 1,560.56 di sepanjang sesi urus niaga hari ini.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 519 berbalas 492 manakala 445 kaunter tidak berubah, 812 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan merosot kepada 4.50 bilion unit bernilai RM3.06 bilion daripada 4.66 bilion unit bernilai RM3.01 bilion pada Selasa.

Thong berkata, aktiviti membeli muncul pada minit terakhir perdagangan, menyebabkan indeks penanda aras melantun sedikit dan ditutup mendatar.

"Sementara itu, kami percaya waktunya bagi cukai luar biasa ke atas syarikat sarung tangan dan perladangan mungkin berakhir berikutan ramai melihat pendapatan kedua-dua sektor ini mencapai puncak tahun ini di tengah-tengah penurunan harga jualan menuju ke depan," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Thong berkata, FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,560-1,570.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup esok sempena Hari Malaysia, dan akan beroperasi semula pada hari berikutnya.

Ketika dagangan ditutup petang ini, 13 daripada 30 komponen saham FBM KLCI mencatatkan dagangan rendah sementara 15 kaunter memperoleh kenaikan dan dua yang lain tidak berubah.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank kekal pada RM8.29, Public Bank naik satu sen kepada RM4.01 dan Petronas Chemicals menambah sembilan sen kepada RM8.01.

Hap Seng dan Tenaga Nasional masing-masing kehilangan 18 sen kepada RM8.55 dan RM10.00, sementara Nestle turun 10 sen kepada RM134.70.

Bagi saham aktif, Mlabs Systems naik setengah sen kepada 4.5 sen, sementara Metronic turun setengah sen kepada 30 sen dan KNM Group susut satu sen kepada 26 sen.

Saham yang mencatatkan keuntungan terbesar adalah Genetec Technology yang mengukuh RM1.98 kepada RM35.18, Hong Leong Bank mengembang 32 sen kepada RM18.78, dan Tafi Industries melonjak 25 sen RM2.94.

Antara yang paling rugi pula Fraser and Neave Holdings jatuh 48 sen kepada RM27.04, Panasonic Manufacturing turun 28 sen kepada RM30.38 dan Riverview Rubber menyusut 27 sen kepada RM3.10.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 1.05 mata kepada 11,395.85, Indeks FBMT 100 lebih rendah 1.52 mata pada 11,086.28, dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 13.25 mata kepada 12,477.79.

FBM 70 jatuh 1.05 mata kepada 11,395.85, sementara FBM ACE naik 56.46 mata kepada 7,195.75.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 17.06 mata kepada 6,519.45, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 1.76 mata kepada 199.70, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih tinggi 64.69 mata kepada 15,264.51.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.21 bilion saham bernilai RM2.75 bilion daripada 2.79 bilion saham bernilai RM2.67 bilion pada Selasa.

Perolehan waran menguncup kepada 318.65 juta unit bernilai RM55.52 juta berbanding 430.28 juta unit bernilai RM65.47 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE lemah kepada 921.38 juta saham bernilai RM253.22 juta daripada 1.41 bilion saham bernilai RM282.02 juta semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna menguasai 513.52 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.04 bilion), pembinaan (124.46 juta), teknologi (243.67 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (75.16 juta), hartanah (607.51 juta), perladangan (53.84 juta), REIT (10.27 juta), dana tertutup (32,600), tenaga (329.46 juta), penjagaan kesihatan (87.67 juta), telekomunikasi dan media (71.36 juta), pengangkutan dan logistik (34.06 juta) dan utiliti (23.97 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
F&N 31.560
GENETEC 1.900
HLBANK 19.460
KNM 0.065
MLAB-WC 0.000
NESTLE 127.000
PBBANK 4.230
TAFI 0.530
TENAGA 11.860

Comments

Login to comment.