Southern Cable pindah dari ACE ke Pasaran Utama bursa

BeritaHarian Fri, Sep 17, 2021 09:05pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Pengeluar kabel dan wayar, Southern Cable Group Bhd (Southern Cable) telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk memindahkan status penyenaraiannya ke Pasaran Utama, Bursa Securities Malaysia Bhd (Bursa Secirities).

"Pemindahan ke Pasaran Utama itu dijangka berlaku pada suku keempat 2021 dengan syarat mendapat persetujuan daripada Bursa Securities," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusannya, Tung Eng Hai, berkata penyenaraian pemindahan itu memberikan Southern Cable menarik lebih banyak pelabur tempatan dan asing untuk mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan dan prospeknya.

"Kami menjangkakan permintaan untuk kabel dan wayar akan meningkat seiring dengan kegiatan ekonomi yang dipercepatkan susulan daripada pembukaan semula ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang akan diumumkan kelak dan Belanjawan 2022," katanya.

"Ini akan membolehkan kami meraih pertumbuhan yang diunjurkan daripada pelbagai sektor seperti pembangunan dan infrastruktur, tenaga, solar dan rancangan pengembangan rangkaian telekomunikasi 5G," katanya.

Kemunculan pertama di Pasaran ACE pada 16 Oktober, 2020 dengan harga terbitan 34 sen sesaham, syarikat itu mengeluarkan kabel dan wayar untuk pengagihan tenaga, telekomunikasi serta kawalan untuk automotif dan aplikasi lif.

Syarikat itu baru-baru ini memperoleh kontrak selama 30 bulan bagi bekalan sistem penerus bernilai RM30.4 juta daripada Telekom Malaysia Bhd (TM) mulai September, 2021.

Ia juga membekalkan kabel dan kabel untuk projek-projek besar seperti projek Transit Aliran Massa (MRT), Kompleks Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

SCGBHD 0.480
TM 6.020

Comments

Login to comment.