Keuntungan Hong Leong Industries meningkat

BeritaHarian Mon, Sep 20, 2021 09:41pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Hong Leong Industries Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM291.88 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM169.32 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia pada Isnin, syarikat itu berkata pendapatan turut menokok kepada RM2.63 bilion daripada RM2.31 bilion sebelum ini yang disumbangkan oleh peningkatan jualan dicatatkan oleh semua segmen produk selain faktor kecekapan operasi yang bertambah baik serta dapat mengurangkan kos berkaitan.

Bagi tempoh suku keempat, Hong Leong Industries mencatat keuntungan bersih sebanyak RM39.84 juta berbanding kerugian bersih RM29.57 juta bagi tempoh sama tahun lalu, didorong oleh peningkatan hasil sebanyak RM463.8 juta pada suku berkenaan daripada RM311.11 juta pada suku sama 2020.

"Pandemik COVID-19 terus menjadi ketidaktentuan paling ketara yang perlu diuruskan.

"Tanpa mengambil kira kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan selanjutnya, Lembaga Pengarah menjangkakan prestasi kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022, sebagai memuaskan," katanya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.360
HLIND 10.560

Comments

Login to comment.