Bursa Malaysia melonjak pada penutup dagangan

BeritaHarian Thu, Sep 23, 2021 06:15pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia melonjak tinggi ketika ditutup petang ini, didorong oleh aktiviti pelabur yang mengambil peluang mengaut keuntungan dengan membeli saham semasa berharga murah, kata seorang penganalisis.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melambung 10.32 mata atau 0.68 peratus kepada 1,539.34 berbanding 1,529.02 pada penutupan petang Rabu.

Indeks utama yang dibuka 3.31 mata lebih tinggi pada 1,532.33, bergerak antara 1,531.18 dan 1,539.73 di sepanjang urus niaga.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 625 berbalas 419 manakala 423 kaunter tidak berubah, 835 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 4.74 bilion unit bernilai RM3.54 bilion daripada 4.12 bilion unit bernilai RM3.16 bilion pada penutupan urus niaga Rabu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berpendapat bahawa FBM KLCI akan terus melihat beberapa sokongan membeli daripada dana asing.

"Namun begitu, pasaran akan tetap berhati-hati. Justeru, kami menjangkakan indeks penanda aras akan kekal dalam julat dagangan yang sempit, dengan FBM KLCI berlegar antara julat 1,540 hingga 1,550 menjelang hujung minggu ini," katanya kepada Bernama.

Pasaran serantau utama lain turut mencatatkan dagangan positif mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street selain daripada kebimbangan mengenai kesan isu hutang Evergrande Group kian mereda.

Indeks Straits Times Singapura melonjak 1.12 peratus kepada 3,083.71 dan Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.19 peratus kepada 24,510.98 tetapi Indeks Nikkei 225 Jepun menyusut 0.67 peratus kepada 29,639.40.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik lima sen kepada RM8.15, Public Bank bertambah dua sen kepada RM4.06, Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM8.08, TNB lebih tinggi sebanyak 18 sen kepada RM9.99, Digi tidak berubah pada RM4.46 dan PPB susut dua sen kepada RM18.30.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange mengukuh enam sen kepada 83 sen, Bintai Kinden naik 3.5 sen kepada 68.5 sen, Serba Dinamik mengembang setengah sen kepada 34 sen, KNM kekal pada 23 sen dan TFP turun 3.5 sen kepada 12.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 71.72 mata kepada 11,304.83, Indeks FBMT 100 meningkat 67.07 mata pada 11,004.53 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 69.86 mata kepada 12,313.53.

FBM 70 melonjak 65.17 mata kepada 14,972.10, sementara FBM ACE menokok 13.99 mata kepada 7,121.54.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan bertambah 72.21 mata kepada 6,346.93, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.63 mata kepada 199.85, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 117.50 mata kepada 15,271.36.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.16 bilion saham bernilai RM3.07 bilion daripada 2.61 bilion saham bernilai RM2.72 bilion pada hari Rabu.

Perolehan waran menyusut kepada kepada 384.26 juta unit, bernilai RM61.70 juta, berbanding 222.76 juta unit bernilai RM25.46 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 1.18 bilion unit bernilai RM405.22 juta daripada 1.26 bilion unit bernilai RM416.51 juta pada hari Rabu.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menguasai 572.04 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.05 bilion), pembinaan (119.17 juta), teknologi (593.34 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (46.26 juta), hartanah (130 juta), perladangan (37.94 juta), REIT (8.88 juta), dana tertutup (109,400), tenaga (367.46 juta), penjagaan kesihatan (89.57 juta), telekomunikasi dan media (50.57 juta), pengangkutan dan logistik (70.46 juta) ) dan utiliti (20.85 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BINTAI 0.075
BURSA 7.460
DNEX 0.350
PBBANK 4.220

Comments

Login to comment.