Vaksin COVID-19 lonjak pendapatan Malaysia Genomics

BeritaHarian Sun, Sep 26, 2021 02:54pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Malaysian Genomics Resource Centre Bhd menjangkakan perolehan pada tahun kewangan 2022 akan meningkat seiring dengan aliran pendapatan baharu daripada pengedaran serta pentadbiran vaksin dan kit ujian COVID-19 kepada sektor swasta.

Ogos lalu, ia bekerjasama dengan kumpulan farmaseutikal bersepadu Malaysia, Pharmaniaga Lifesciences Sdn Bhd untuk mengedar dan mentadbir vaksin COVID-19 kepada sektor swasta.

"Walaupun pandemik mencetuskan cabaran kepada operasi teras, ia juga memberikan peluang kepada kami untuk berkembang dan memanfaatkan peluang baharu," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sasha Nordin dalam satu kenyataan.

Malaysia Genomics berjaya mengurangkan kerugian operasi sebanyak 33.3 peratus kepada RM4.29 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021, berikutan pendapatan lebih tinggi dan perbelanjaan lebih rendah.

Pendapatan diiktiraf daripada projek analisis dan 'sequencing' membantu memacu pendapatan seluruh tahun berkembang 87 peratus kepada RM1.78 juta berbanding RM950,000 sebelumnya.

Dalam masa sama, penjimatan kos menyumbang kepada pengurangan perbelanjaan pentadbiran sebanyak 17.7 peratus.

Pada 2020, di tengah-tengah pandemik COVID-19 menyebabkan ia mencatatkan kerugian operasi RM6.44 juta, tidak termasuk keuntungan daripada penjualan kumpulan makmal patologi, MPath pada tahun sebelumnya.

Ia mencatatkan keuntungan bersih RM17.1 juta pada 2020, terutama disebabkan oleh impak penjualan MPath.

Bagi suku keempat tahun kewangan 2021, kerugian operasinya turun 19.3 peratus kepada RM2.1 berbanding RM2.61 juta sebelumnya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

MGRC 0.420
PHARMA 0.335

Comments

Login to comment.