COVID-19: Premis Hup Seng beroperasi semula esok

BeritaHarian Thu, Sep 30, 2021 08:18pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd (HSPM), anak syarikat milik penuh Hup Seng Industries Bhd akan menyambung semula operasinya bermula 1 Oktober 2021.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kerja disinfeksi menyeluruh di semua premis HSPM selesai pada 28 September lalu bagi membendung penularan COVID-19.

"Kesihatan dan keselamatan semua kakitangan sentiasa menjadi keutamaan Hup Seng. Sehubungan itu, Hup Seng dan anak-anak syarikat akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dengan ketat," katanya.

Pada 17 September lalu, HSPM mengumumkan operasi mesin pembungkusannya digantung sementara selama enam hari bermula 16 September 2021 dan syarikat kemudiannya menggantung operasi sehingga 30 September 2021 bagi melakukan kerja disinfeksi seluruh premis bagi membendung penularan COVID-19 susulan notis diterima daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 19 September 2021.

Dalam makluman terdahulu kepada bursa, syarikat itu berkata penggantungan sementara dijangka menyebabkan kerugian jumlah pengeluaran dianggarkan kira-kira tiga peratus daripada jumlah pengeluaran tahunan kumpulan.

Ia menambah bahawa syarikat menjangkakan penangguhan penghantaran barangan kepada pelanggan tempatan dan eksport.

Pengurusan ketika ini sedang beruding dengan pelanggan untuk menjadualkan semula tempahan berkenaan, katanya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
HUPSENG 0.815

Comments

Login to comment.