Sentimen positif dorong kenaikan Bursa Malaysia

BeritaHarian Wed, Oct 06, 2021 10:10am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi merentasi semua papan pada pagi Rabu, didorong oleh sentimen positif pasaran serta menjejaki peningkatan semula semalaman Wall Street.

Pada 9.06 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.79 mata kepada 1,537.21 daripada 1,530.42 ketika pasaran ditutup semalam.

Malah, penanda aras pasaran itu dibuka menokok 0.95 mata kepada 1,531.37.

Sentimen keseluruhan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 304 berbanding 117 manakala 276 lain tidak berubah, 1,574 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 205.39 juta unit bernilai RM123.13 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata, indeks petunjuk utama itu berkemungkinan terus mencatat dagangan tinggi dalam masa terdekat dengan pelabur menumpukan saham teknologi susulan peningkatan Nasdaq.

"Selain itu, pembukaan semula aktiviti-aktiviti ekonomi dijangka menyokong sentimen pasaran dengan tumpuan terhadap pemulihan," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma pembrokeran itu berkata, pengukuhan harga minyak sawit mentah (MSM) dan minyak mentah juga akan menjadi pemangkin terhadap minat belian terhadap saham-saham minyak dan gas serta perladangan.

Harga minyak mentah mencecah paras melebihi AS$82 setong manakala harga MSM meningkat melebihi RM4,700 satu tan pada akhir dagangan.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik lima sen kepada RM8.06, Public Bank dan CIMB menokok satu sen masing-masing pada RM4.07 dan RM4.73, Petronas Chemicals meraih 11 sen kepada RM8.80, Tenaga meningkat tujuh sen kepada RM9.69 manakala IHH tidak berubah pada RM6.60.

Bagi saham aktif, Bumi Armada, Tanco, Serba Dinamik, Hibiscus dan Matang naik setengah sen masing-masing kepada 48.5 sen, 24 sen, 33 sen, 77.5 sen dan 9.5 sen manakala HPMT meraih 3.5 sen kepada 71.5 sen dan SC Estate menambah 1.5 sen kepada 10.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 50.33 mata kepada 11,330.08, Indeks FBMT 100 meraih 46.55 mata kepada 10,993.58, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 63.88 mata kepada 12,400.83, FBM 70 menokok 55.56 mata kepada 14,973.75 dan FBM ACE meningkat 46.62 mata kepada 7,057.89.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 2.12 mata kepada 207.16, Indeks Perladangan melonjak 80.1 mata kepada 6,484.34 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 40.51 mata kepada 15,142.54.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ARMADA 0.575
BURSA 7.430
MATANG 0.090
PBBANK 4.240

Comments

Login to comment.