Bursa Malaysia berdepan aktiviti pengambilan untung

BeritaHarian Tue, Oct 12, 2021 10:44am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia gagal mengekalkan keuntungan yang diraih lima hari berturut-turut sebelum ini untuk dibuka rendah pada sesi awal urus niaga pagi Selasa berikutan kemunculan aktiviti pengambilan untung.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.94 mata kepada 1,565.88 berbanding 1,570.82 pada penutupan Isnin.

Indeks utama dibuka 1.52 mata lebih tinggi pada 1,572.34.

Di pasaran meluas, kaunter untung menyamai kaunter rugi dengan 204, sementara 332 kaunter tidak berubah, 1,531 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 254.89 juta unit bernilai RM137.65 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran saham AS meneruskan kerugian yang dialami dengan Dow turun 0.7 peratus selepas kenaikan harga minyak mentah pada masa ini mencetuskan kebimbangan yang kian meningkat bahawa tekanan inflasi mungkin tidak bersifat peralihan.

Harga minyak mentah diniagakan melepasi paras AS$83 setong sementara harga minyak sawit mentah (MSM) stabil pada paras tinggi sepanjang masa.

"Walaupun berlakunya tekanan jualan di Wall Street, kami menjangkakan dana asing yang berterusan membeli ekuiti tempatan berserta pengukuhan harga komoditi minyak mentah dan MSM, akan memberikan sentimen yang sihat kepada bursa tempatan dalam waktu terdekat.

"Memandangkan Malaysia sudah bersedia untuk memasuki fasa endemik, prospek pemulihan ekonomi harus berterusan dan momentum positif dapat berlanjutan sekurang-kurangnya untuk jangka waktu terdekat," katanya dalam catatan.

Ia menambah saham bertemakan pemulihan akan terus menjadi fokus selepas pengumuman pembukaan semula perjalanan rentas negeri, dengan kaunter tenaga boleh diperbaharui diunjur diniagakan lebih tinggi menjelang pembentangan Bajet 2022.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Nestle turun RM2 kepada RM132.50, KLK lemah 36 sen pada RM22.34, Public Bank susut dua sen kepada RM4.09, dan Sime Darby Plantation jatuh empat sen kepada RM4.23.

Axiata dan Top Glove masing-masing merosot tiga sen kepada RM3.97 dan RM2.78.

IHH meneruskan aliran menaik, menambah tiga sen kepada RM6.71 dan Digi dua sen lebih tinggi pada RM4.30.

Bagi kaunter aktif, Kejuruteraan Asastera meningkat tiga sen kepada 40 sen, sementara Mudajaya dan Serba Dinamik tidak berubah masing-masing pada lapan sen dan 40.5 sen.

Sern Kou meraih 1.5 sen kepada 62 sen dan Euro Holdings meningkat 3.5 sen pada 74 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 19.66 mata pada 11,552.62, Indeks FBMT 100 susut 23.59 mata kepada 11,190.38, Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah sebanyak 17.20 mata kepada 12,669.09, FBM 70 naik 13.80 mata kepada 15,209.83, dan FBM ACE merosot 35.31 mata kepada 7,171.40.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 36.44 mata kepada 15,317.02, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.06 mata ke 210.83, dan Perladangan jatuh 34.08 mata kepada 7,009.33.

- Bernama

TAG: Bursa Malaysia, Pembukaan, FBM KLCI, minyak, Wall Street

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
EURO 0.050
KAB 0.340
NESTLE 124.000
PBBANK 4.190
SIMEPLT 4.460
TOPGLOV 0.805

Comments

Login to comment.