MSM komited laksana inisiatif hijau

BeritaHarian Wed, Oct 13, 2021 04:10pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, MSM Prai Bhd (MSM Prai) menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang bagi pelancaran inisiatif hijau dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

Sijil Jalinan Kerjasama dimeterai hari ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad, manakala JAS

Negeri Pulau Pinang diwakili Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab.

Pengeluar gula bertapis terkemuka di Malaysia itu memulakan inisiatif berkenaan dengan membabitkan kerjasama strategik di antara JAS

Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pulau Pinang (PIFWA) melalui pelancaran program penanaman pokok bakau yang diadakan hari ini.

Penanaman pokok bakau dianggap sebagai pendekatan mesra alam berkenaan, yang mana ia memberikan manfaat kepada pemuliharaan ekosistem yang meluas termasuk melindungi kualiti air, mengukuhkan tebing sungai, menjaga habitat ikan serta menjadi penyumbang kepada pengurangan perubahan iklim.

Selain itu, mata pencarian penduduk tempatan berdekatan turut bergantung kepada kesejahteraan ekosistem khususnya sektor perikanan.

Berdasarkan program itu, sebanyak 700 anak pokok bakau akan ditanam sepanjang pesisir kilang MSM Prai serta membantu menambahbaik landskap persekitaran setempat.

Syed Feizal dalam satu kenyataan berkata, kerjasama strategik itu adalah sebahagian daripada program kelestarian MSM sebagai asas kepada rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Beliau berkata, keseimbangan di antara operasi perniagaan dan pemeliharaan alam sekitar akan menjamin kehidupan sosio-ekonomi yang lebih mampan serta kelangsungan yang lebih baik bagi masa hadapan komuniti berdekatan.

"Justeru, sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, MSM amat terdorong dalam memberikan impak kelestarian yang positif melalui pelbagai inisiatif yang meluas," katanya.

Syed Feizal berkata, operasi penapisan gula di MSM Prai terletak berdekatan pinggiran sungai, yang mana air daripada sungai digunakan untuk proses penyejukan.

Justeru, beliau berkata, jaringan akar pokok bakau yang padat serta tumbuhan sekitar memainkan peranan sebagai penghadang semula jadi bagi memerangkap dan menapis enapan, logam berat dan lain-lain bentuk pencemaran daripada memasuki pam suntikan air di kilang berkenaan, yang mana ia adalah keperluan dalam mengekalkan kualiti air.

"Pada masa yang sama, pokok bakau itu turut mengurangkan pembentukan buih di saluran keluar kilang. Walau bagaimanapun, pembentukan buih itu adalah tidak berbahaya.

"Pemantauan yang kukuh terhadap kadar pertumbuhan dan kesihatan pokok bakau yang ditanam akan dilaksanakan bagi memastikan nilai yang lebih mampan serta kemajuan jangka masa panjang dalam program berkenaan," katanya.

Melangkah ke hadapan, amalan serta penanda aras ESG MSM akan menerapkan pendekatan yang holistik membabitkan pelaburan dalam teknologi hijau, penyingkiran sisa, penjimatan tenaga, pengurangan jejak karbon, kesejahteraan dan penjagaan sosial di samping

memperkasakan tadbir urus ke arah memastikan pencapaian prestasi kewangan dan korporat yang terbaik.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

MSM 3.190

Comments

Login to comment.