Opensys beli sijil tenaga diperbaharui TNBX

BeritaHarian Wed, Oct 13, 2021 04:44pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: OpenSys (M) Bhd telah memeterai perjanjian dengan anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNBX Sdn Bhd dengan membeli Sijil Tenaga Diperbaharui Malaysia (mREC) yang setaraf dengan 100 peratus penggunaan tenaga tahunan di empat pejabat dan pusat operasinya.

Penyedia penyelesaian perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan industri utiliti itu berkata mREC adalah instrumen berasaskan pasaran yang dapat diniagakan yang menghasilkan untuk setiap satu megawatt setiap jam (MWh) generasi tenaga boleh diperbaharui (RE), membolehkan pemilik sijil untuk menuntut hak untuk RE dihasilkan.

OpenSys berkata ia telah memperluaskan skop pembelian berkenaan untuk memasukkan penggunaan tenaga kios pembayaran bil yang disediakan OpenSys kepada TNB, menjadikan kios pembayaran bil TNB sebagai kios pembayaran hijau pertama di negara ini.

"OpenSys kini membekalkan kira-kira 200 unit kios pembayaran bil kepada pusat khidmat pelanggan TNB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Eric Lim berkata pembelian mREC itu menandakan satu lagi langkah penting bagi inisiatif kelestarian syarikat.

Beliau berkata syarikat itu akan terus mengkaji operasi perniagaannya dan mengenal pasti inisiatif lain dalam memenuhi matlamat kemapanan.

"Sumbangan pelaburan kami akan membolehkan lebih banyak aset tenaga boleh diperbaharui dibina dan memacu pembangunan tenaga bersih untuk Malaysia yang lebih hijau (mesra alam sekitar)," katanya.

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

OPENSYS 0.370
TENAGA 11.860

Comments

Login to comment.