Aktiviti pengambilan untung hadkan kenaikan Bursa Malaysia

BeritaHarian Fri, Oct 22, 2021 10:18am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat namun mengalami penurunan selepas itu apabila pengambilan untung semalam berterusan dalam hampir semua kaunter berkaitan indeks, berikutan kekurangan sentimen positif dalam pasaran, kata penganalisis.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras turun 5.90 mata kepada 1,585.72 daripada 1,591.62 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks utama itu dibuka 0.10 mata lebih tinggi kepada 1,591.72.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 263 berbanding 119, sementara 274 kaunter tidak berubah, 1,624 kaunter tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 209.11 juta unit bernilai RM116.33 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan walaupun pasaran dijangka kekal rendah pada Jumaat namun pelabur atau peniaga mungkin menumpukan sektor yang berkaitan dengan Bajet 2022, yang boleh memberikan kejelasan mengenai pemulihan ekonomi tahun depan.

Ia menambah, dari segi komoditi, harga minyak sawit mentah (MSM) dan minyak mentah mengalami penurunan setelah merekodkan kenaikan ketara sejak beberapa minggu lalu.

"Pelabur mungkin terus menumpukan kaunter yang mencatatkan prestasi perlahan dalam sektor bertemakan pemulihan seperti saham pengguna dan perbankan, serta pembinaan dan hartanah.

"Sementara itu, kaunter teknologi dijangka menjejaki kenaikan Nasdaq dalam tempoh semalaman," jelasnya menerusi nota penyelidikan.

Menurut firma pembrokeran itu, secara teknikal, FBM KLCI telah turun di bawah paras psikologi 1,600 ketika indeks utama itu mencatatkan pergerakan tidak banyak berubah selepas kenaikan sepanjang tiga sesi dagangan.

"Indikator teknikal tetap positif, dengan paras rintangan disandarkan kepada 1,600 hingga 1,620 manakala sokongan berada pada 1,580," jelasnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun enam sen kepada RM8.14, Public Bank tidak berubah pada RM4.23, Petronas Chemicals dan Tenaga masing-masing menambah dua sen kepada RM8.83 dan RM9.77 manakala IHH Healthcare susut empat sen kepada RM6.56.

Antara saham aktif, Serba Dinamik turun 1.5 sen kepada 35.5 sen, Tanco menambah setengah sen kepada 26 sen dan Daya Materials tidak berubah pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 36.58 mata kepada 11,686.77, Indeks FBMT 100 susut 37.64 mata kepada 11,323.98, Indeks FBM Emas Shariah kurang 35.57 mata kepada 12,750.04, FBM 70 menguncup 33.62 mata kepada 5,359.29 dan FBM ACE merosot 30.16 mata kepada 7,168.78.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.08 mata kepada 210.98, Indeks Perladangan kurang 35.59 mata kepada 7,001.91 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 82.98 mata kepada 15,703.39. – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
IHH 6.030
PBBANK 4.210
PGB 0.145

Comments

Login to comment.