Iskandar Mizal dilantik Pengarah Urusan MAHB

BeritaHarian Fri, Oct 22, 2021 06:28pm - 2 years View Original


SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melantik Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan baharu berkuat kuasa 25 Oktober 2021.

Beliau adalah tokoh korporat dengan pengalaman lebih 32 tahun dan berkhidmat di beberapa syarikat termasuk multinasional dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam pelbagai sektor, dengan 18 tahun di jawatan kepimpinan.

MAHB dalam kenyataannya berkata, Iskandar Mizal pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar di syarikat itu dari 1999 hingga 2003, dengan menerajui tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraiannya di Bursa Malaysia.

"Portfolionya di MAHB termasuk kewangan, kewangan korporat, pembangunan perniagaan dan hubungan pelabur.

"Beliau juga terbabit dalam penerokaan antarabangsa termasuk mengambil alih operasi Lapangan Antarabangsa Hyderabad Rajiv Gandhi di India selain menjadi Lembaga Pengarah lapangan terbang Phnom Penh dan Siem Reap di Kemboja," katanya.

Iskandar Mizal juga mempunyai latar belakang logistik dan pos selepas berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pos Malaysia Bhd dari 2013 hingga 2015.

Beliau juga pakar inisiatif pemulihan dengan menerajui usaha pemulihan Media Prima dengan kapasiti sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan dari 2019 hingga 2020 dan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dari 2020 hingga 2021.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AIRPORT 10.000
BURSA 7.460
MEDIA 0.470
POS 0.480

Comments

Login to comment.