Bursa Malaysia ditutup rendah

BeritaHarian Fri, Oct 22, 2021 07:29pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan apabila indeks petunjuk pasaran itu kekal berada dalam fasa penstabilan.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.22 peratus atau 3.54 mata kepada 1,588.08 daripada paras penutup 1,591.62 pada Khamis.

Petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.10 mata kepada 1,591.72, bergerak antara paras 1,582.22 dan 1,591.91 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 597 berbanding 410, manakala 469 kaunter tidak berubah, 804 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 3.07 bilion unit bernilai RM2.18 bilion daripada 3.85 bilion unit bernilai RM3.47 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI diseret turun kebanyakannya oleh saham wajaran tinggi terutama dalam kaunter keluli, perjudian dan perbankan.

"Sementara itu, indeks serantau utama berada dalam aliran meningkat susulan laporan media China bahawa pemaju terkemuka China, Evergrande Group yang dibebani hutang sedang bersiap sedia untuk membayar faedah bagi bon yang perlu dibayar pada 23 September 2021, sebelum tempoh tangguh berakhir pada Sabtu," katanya.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut lima sen kepada RM8.15, manakala Public Bank, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM4.23, RM8.81 dan RM6.60.

Tenaga meningkat satu sen kepada RM9.76 dan CIMB susut 10 sen kepada RM5.23.

Dalam kalangan kaunter cergas, Serba Dinamik turun dua sen kepada 35 sen, Sapura Energy tidak berubah pada 10.5 sen dan Opcom naik 20 sen kepada RM1.33.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 13.94 mata kepada 11,709.40 dan Indeks FBMT 100 turun 21.83 mata kepada 11,339.79.

FBM 70 berkurangan 16.28 mata kepada 15,376.63, FBM ACE turun 28.06 mata kepada 7,170.88 tetapi Indeks FBM Emas Shariah meningkat 3.48 mata kepada 12,789.10.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 68.32 mata kepada 15,718.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.32 mata kepada 209.74 dan Indeks Perladangan susut 16.56 mata kepada 7,021.94.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 2.15 bilion saham bernilai RM1.87 bilion berbanding 2.62 bilion saham bernilai RM3.16 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 317.64 juta unit bernilai RM47.09 juta daripada 436.03 juta unit bernilai RM69.86 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 598.61 juta saham bernilai RM259.99 juta daripada 795.47 juta saham bernilai RM242.36 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang bagi 420.33 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (571.04 juta), pembinaan (80.46 juta), teknologi (239.77 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (48.73 juta), hartanah (184.36 juta), perladangan (35.86 juta), REITs (7.93 juta), dana tertutup (19,100), tenaga (454.74 juta), penjagaan kesihatan (37.45 juta), telekomunikasi dan media (32.61 juta), pengangkutan dan logistik (29.41 juta) dan utiliti (9.23 juta).

–BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
IHH 6.030
PBBANK 4.210
SAPNRG 0.050

Comments

Login to comment.