Kilang peleburan OMH catat pengeluaran tinggi

BeritaHarian Thu, Oct 28, 2021 09:04am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Kompleks peleburan feroaloi OM Holdings Ltd (OMH) di Sarawak mencatatkan jumlah pengeluaran tinggi pada suku ketiga berakhir 30 September 2021, berbanding suku sebelumnya.

Syarikat perlombongan yang tersenarai di Australia itu berkata, kilangnya di Taman Perindustrian Samalaju menghasilkan 33,453 tan ferosilikon, 59,307 tan aloi mangan dan 34,542 tan bijih sinter mangan bagi tempoh suku dikaji.

"Ini adalah peningkatan jumlah masing-masing sebanyak 45 peratus, 57 peratus dan 143 peratus berbanding suku sebelumnya selepas operasi kilang disambung semula operasi pada awal Julai susulan penggantungan sementara.

"Kilang ini memiliki kapasiti pengeluaran tahunan kira-kira 200,000 hingga 210,000 tan bagi ferosilikon, 250,000 hingga 300,000 tan bagi aloi mangan dan 250,000 tan bagi bijih sinter," kata OMH dalam satu kenyataan.

OMH berkata, kuantiti jualan ferosilikon turun 21 peratus dan aloi mangan susut 14 peratus pada suku ketiga berbanding masing-masing pada 23,894 tan dan 43,856 tan pada suku sebelumnya disebabkan inventori barang siap untuk penghantaran yang rendah berikutan penggantungan sementara kilang di Sarawak itu dari Mei hingga Jun 2021 ekoran COVID-19.

Lombong mangan Bootu Creek milik penuhnya di Australia memproses 230,566 tan bagi suku ketiga pada purata gred 27.98 peratus mangan, manakala Ultra Fines Plant (UFP) menghasilkan 4,736 tan dengan purata gred 27.91 peratus mangan.

"Syarikat melihat harga ferosilikon dan mangan silikon terus mendapat sokongan ketika ekonomi global mula pulih manakala imbangan penawaran dan permintaan global masih terjejas oleh kekurangan kuasa di China sekarang yang menyebabkan pengurangan pengeluaran feroaloi.

"Kekurangan kuasa di rantau seperti Eropah dan Asia Selatan telah mengurangkan pengeluaran feroaloi global walaupun harga meningkat tinggi," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

OMH 1.470

Comments

Login to comment.