Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

BeritaHarian Tue, Nov 16, 2021 06:13pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia meningkat sedikit ketika ditutup Selasa, disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah membabitkan kaunter wajaran tinggi terpilih yang didahului oleh Nestle (M) Bhd, PPB Group Bhd and Telekom Malaysia Bhd (TM).

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.55 mata kepada 1,522.89 selepas bergerak antara 1,518.93 dan 1,528.10 di sepanjang urus niaga hari ini.

Nestle mengukuh 20 sen kepada RM133.30, PPB lebih tinggi sebanyak 18 sen kepada RM17.38 dan TM meningkat 10 sen kepada RM5.70, secara gabungan menyumbang kepada indeks utama sebanyak 1.21 mata.

Indeks utama pula dibuka rendah 0.87 mata kepada 1,521.47 daripada 1,522.34 pada Isnin.

Namun begitu, pergerakan harga di pasaran secara keseluruhannya masih negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 542 berbalas 392 manakala 451 kaunter tidak berubah, 931 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 3.15 bilion saham bernilai RM2.26 bilion daripada 3.48 bilion saham bernilai RM2.33 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks penanda aras FBM KLCI itu melantun semula selepas mencecah paras terendah seharian pada 1,518.93 apabila aktiviti belian muncul dan berakhir tidak berubah selepas menyaksikan sesi dagangan terikat dalam julat yang ketat.

"Pasaran serantau utama ditutup lebih tinggi apabila pelabur bertindak balas positif terhadap berita pertemuan pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan China dalam satu sidang kemuncak maya.

"Di dalam negara, FBM KLCI nampaknya disokong agak baik pada paras 1,520 dan oleh itu, kami berpendapat pengumpulan saham akan kekal ketika harga menyusut," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pada penilaian sekarang, dijangka aktiviti pembelian saham berharga murah akan muncul dan FBM KLCI diunjur berlegar antara julat 1,525 ke 1,540 untuk baki hari minggu urus niaga ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.09, manakala Public Bank menokok satu sen kepada RM4.02, Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM8.31 dan Tenaga tidak berubah pada RM9.59.

Bagi saham aktif, PDZ turun satu sen kepada 7.5 sen, KNM susut 1.5 sen kepada 17 sen tetapi Brahims meningkat tiga sen kepada 22 sen.

Kaunter paling untung pula menyaksikan Mytech melonjak 73 sen kepada RM6.58, BSL naik 46 sen kepada RM2.02 dan Yinson meningkat 25 sen kepada RM6.00.

Saham paling rugi termasuk Rapid Synergy yang susut 75 sen kepada RM9.21, Tafi Industries lemah 70 sen kepada RM3.03 ​​dan Carzo kerugian 69 sen kepada RM2.87.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 8.28 mata kepada 11,263.47, Indeks FBMT 100 turun 3.0 mata kepada 10,902.78, dan Indeks FBM Emas Syariah susut 10.38 mata kepada 12,266.49.

FBM ACE menguncup 116.64 mata kepada 6,858.23 dan FBM 70 jatuh 31.30 mata kepada 14,895.31.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.11 mata kepada 200.05 manakala Indeks Perladangan susut 34.28 mata kepada 6,521.36 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 1.81 mata kepada 15,153.99.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.12 bilion saham bernilai RM1.95 bilion daripada 2.24 bilion saham bernilai RM1.95 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 278.47 juta unit bernilai RM58.72 juta, berbanding 299.05 juta unit bernilai RM55.96 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menyusut kepada 758.86 juta saham bernilai RM251.03 juta, daripada 936.12 juta saham bernilai RM322.13 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menguasai 382.74 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (583.18 juta), pembinaan (120.01 juta), teknologi (317.64 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (50.27 juta), hartanah (106.91 juta), perladangan (13.11 juta), REIT (6.12 juta), dana tertutup (200), tenaga (269.18 juta), penjagaan kesihatan (70.30 juta), telekomunikasi dan media (20.65 juta), pengangkutan dan logistik (151.93 juta ) dan utiliti (20.41 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.470
NESTLE 126.400
PBBANK 4.240
PPB 15.940
RAPID 0.700
TAFI 0.525
TM 6.100

Comments

Mohd Razif Mohd Shah
Like · Reply
WOW..GREAT NEWS..MALAYSIA BOLEH !!!! knn
tan nelson
Bro u ok ke x
Like · 2 years · translate

Login to comment.