Bursa Malaysia dibuka tinggi

BeritaHarian Fri, Nov 19, 2021 11:22am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Aktiviti pembelian saham berharga rendah membabitkan saham wajaran terpilih, didahului oleh Petronas Gas dan Sime Darby Plantation menyaksikan dagangan di Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini.

Pada 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.59 mata kepada 1,526.38 daripada 1,523.79 semasa ditutup pada urus niaga Khamis.

Indeks utama dibuka 1.59 mata lebih tinggi pada 1,525.38.

Bagi pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan, kaunter untung mendahului untung dengan 175 berbalas 160 manakala 250 kaunter tidak berubah, 1,738 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 214.78 juta unit bernilai RM830.31 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, walaupun aktiviti pembelian saham berharga rendah dijangka muncul untuk sektor terpilih, ketidakpastian yang kian meningkat merentasi bursa serantau serta kebimbangan terhadap pengumuman pendapatan korporat tidak lama lagi, mungkin akan terus mempengaruhi sentimen pelabur.

"Selain itu, pilihan raya negeri Melaka mungkin boleh menjejaskan aktiviti perdagangan di keseluruhan bursa tempatan," katanya dalam satu nota.

Firma penyelidikan itu berkata pasaran saham AS berakhir bercampur-campur apabila Dow (0.2 peratus) jatuh di tengah-tengah kebimbangan berterusan terhadap tekanan inflasi, tetapi S&P 500 (0.4 peratus) dan Nasdaq (0.5 peratus) meningkat didorong oleh keuntungan dalam saham teknologi.

"Di dalam negara, syarikat teknologi Inari Amertron Bhd diuar-uar akan dimasukkan ke dalam FBM KLCI dalam semakan separuh tahunan FTSE akan datang.

"Dalam pada itu, pelabur diunjur memberi tumpuan kepada sektor yang mempunyai jangkaan pendapatan tinggi seperti saham perbankan dan perladangan di tengah-tengah musim pelaporan pendapatan sementara sektor perladangan mungkin mendapat daya tarikan kerana harga minyak sawit mentah telahpun menyaksikan tanda-tanda pemulihan," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemical tidak berubah, masing-masing pada RM8.04 dan RM8.31, manakala Public Bank dan IHH Healthcare menokok dua sen masing-masing kepada RM4.07 dan RM6.55.

Bagi saham aktif, Tanco susut setengah sen kepada 26.5 sen, KNM turun satu sen kepada 17 sen dan Avillion menambah satu sen kepada 14 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 16.67 mata kepada 11,248.13, Indeks FBMT 100 lebih tinggi 15.09 mata kepada 10,902.60, Indeks FBM Emas Syariah menokok 16.71 mata kepada 12,229,07, manakala FBM ACE lemah 8.41 mata kepada 6,808.47 dan FBM 70 susut 7.13 mata kepada 14,797.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 22.69 mata kepada 15,195.68, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.15 kepada 199.28, dan Indeks Perladangan menokok 22.48 mata kepada 6,614.02. – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AVI 0.050
BURSA 7.460
IHH 6.250
INARI 3.060
PBBANK 4.230
PETGAS 18.000
SIMEPLT 4.440
TANCO 0.810

Comments

Login to comment.