Bursa Malaysia hampir tidak berubah

BeritaHarian Mon, Nov 22, 2021 06:44pm - 6 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks petunjuk pasaran hampir tidak bergerak berikutan kekurangan pemangkin, kata seorang penganalisis.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.33 mata atau 0.09 peratus, untuk ditutup kepada 1,526.87. Indeks utama itu bergerak antara paras 1,522.71 dan 1,529.26 sepanjang hari dagangan.

Indeks itu dibuka tinggi naik 1.22 mata kepada 1,526.76 berbanding paras penutup 1,525.54 pada Jumaat minggu lalu.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 569 berbanding 373, manakala 449 kaunter tidak berubah, 931 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.45 bilion saham bernilai RM1.99 billon daripada 2.67 bilion saham bernilai RM2.01 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pelabur bimbang dengan peningkatan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan sekatan pergerakan baharu di Eropah boleh menjejaskan pemulihan ekonomi global.

"Di pasaran tempatan, FBM KLCI berada dalam situasi penstabilan lebih daripada seminggu, justeru kami memilih untuk terus berhati-hati. Oleh itu kami menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam jajaran 1,525-1,535 pada minggu depan," katanya.

Dari segi teknikal, sokongan segera tidak berubah pada 1,520, diikuti paras psikologi pada 1,500, manakala paras ketahanan pada 1,565, katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank mengukuh tujuh sen kepad RM8.15, IHH Healthcare meningkat lapan sen kepada RM6.62, CIMB naik enam sen kepada RM5.16, Public Bank tidak berubah pada RM4.07, Petronas Chemicals susut satu sen kepada RM8.30 dan TNB turun lima sen kepada RM9.50.

Dalam kalangan kaunter cergas, Dagang Nexchange meningkat 2.5 sen kepada 85 sen, NWP menokok satu sen kepada 35.5 sen, JAG menokok 1.5 sen kepada 35.5 sen, PDZ dan Metronic susut satu sen masing-masing kepada lima sen dan 1.5 sen, manakala CTOS susut 10 sen kepada RM1.87.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 meningkat 0.9 mata kepada 10,896.48, Indeks FBM Emas turun 0.38 mata kepada 11,245.26 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 15.98 mata kepada 12,211.77, FBM ACE jatuh 21.49 mata kepada 6,793.57 dan FBM 70 susut 32.32 mata kepada 14,751.24.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 56.41 mata kepada 15,281.99, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.72 mata kepada 200.51 dan Indeks Perladangan menambah sebanyak 80.33 mata kepada 6,685.43.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.67 bilion saham bernilai RM1.74 bilion daripada 1.86 bilion saham bernilai RM1.75 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran turun kepada 243.42 juta unit bernilai RM33.50 juta daripada 298.96 juta unit bernilai RM73.11 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 536.41 juta saham bernilai RM219.11 juta daripada 512.95 juta saham bernilai RM191.04 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 234.41 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (512.93 juta), pembinaan (41.78 juta), teknologi (242.47 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (56.88 juta), hartanah (151.09 juta), perladangan (25.18 juta), REITs (11.49 juta), dana tertutup (83,100), tenaga (142.33 juta), penjagaan kesihatan (52.75 juta), telekomunikasi dan media (19.47 juta), pengangkutan dan logistik (165.18 juta), dan utiliti (12.59 juta).

-- BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 6.790
DNEX 1.040
IHH 6.520
JAG 0.375
NWP 0.230
PBBANK 4.540
PDZ 0.045

Comments

Login to comment.